dakap angin di sisi
bawa aku pergi
jauh dari sini
bergetar, gundah dalam diri
lalu di balik awan sepi
menyusuri lautan tak bertepi
berhenti
kenapa mesti di sini?
resah menyelubungi
takut menghantui
tapi
takdirnya memang begini
Thursday, December 24, 2009
Thursday, December 17, 2009
Semalam, Hari Ini dan Esok
Semalam dunia amat kelam
Suram
Bagai makan tidak berulam
Bagai geta tidak bertilam
Bagai lata tidak berjeram
Bagai puteri tidak bersiram
Bagai taman tidak berkolam
Hari ini dunia terang bercahaya
Sempurna
Bagai malam dihias kejora
Bagai lagu indah berirama
Bagai hati penuh berjiwa
Bagai taman cantik berbunga
Bagai punya teman setia
Esok segalanya tiada pasti
Ada jalan panjang yang menanti
Entah seperti semalam atau hari ini
Entah penuh ranjau dan duri
Mungkin jua penuh cahaya dan seri
Hanya Tuhan yang mengerti
Walau apa yang datang membatas
Renunglah ke langit luas
Semesta tidak terbatas
Terbanglah bersama unggas
Selami erti bebas
Kedamaian kan pasti bertunas
Walau apa yang datang menyanggah
Lihatlah Taj Mahal tersergam megah
Bukti kasih tak pernah bercanggah
Kerana ia sempurna dan indah
Suram
Bagai makan tidak berulam
Bagai geta tidak bertilam
Bagai lata tidak berjeram
Bagai puteri tidak bersiram
Bagai taman tidak berkolam
Hari ini dunia terang bercahaya
Sempurna
Bagai malam dihias kejora
Bagai lagu indah berirama
Bagai hati penuh berjiwa
Bagai taman cantik berbunga
Bagai punya teman setia
Esok segalanya tiada pasti
Ada jalan panjang yang menanti
Entah seperti semalam atau hari ini
Entah penuh ranjau dan duri
Mungkin jua penuh cahaya dan seri
Hanya Tuhan yang mengerti
Walau apa yang datang membatas
Renunglah ke langit luas
Semesta tidak terbatas
Terbanglah bersama unggas
Selami erti bebas
Kedamaian kan pasti bertunas
Walau apa yang datang menyanggah
Lihatlah Taj Mahal tersergam megah
Bukti kasih tak pernah bercanggah
Kerana ia sempurna dan indah
Nota: Puisi ini telah dideklamasikan semasa majlis perkahwinan adik perempuan saya pada 12 Disember yang lalu. Buat Ann dan Shah, moga kalian berdua kekal bahagia hingga ke akhir hayat
Friday, December 4, 2009
Engkau
Indah. Cantik. Bercahaya
Semuanya adjektif sempurna
Itu yang kau saksi dengan mata
Itu yang kau percaya dengan jiwa
Hakikatnya kau masih teraba-raba
Mencari apa yg kau damba
Kau sebenarnya mengejar fatamorgana
Kau takkan ke sana
Kerana ia hanya satu dusta
Walau kau terseksa
Walau kau merana
Walau kau meronta
Apa kau fikir damai kan tercipta?
Apa kau fikir kau kan bahagia?
Kalau sekadar bertinggung di tangga
Tanpa usaha dan bicara
Semuanya adjektif sempurna
Itu yang kau saksi dengan mata
Itu yang kau percaya dengan jiwa
Hakikatnya kau masih teraba-raba
Mencari apa yg kau damba
Kau sebenarnya mengejar fatamorgana
Kau takkan ke sana
Kerana ia hanya satu dusta
Walau kau terseksa
Walau kau merana
Walau kau meronta
Apa kau fikir damai kan tercipta?
Apa kau fikir kau kan bahagia?
Kalau sekadar bertinggung di tangga
Tanpa usaha dan bicara
Tuesday, December 1, 2009
Karaoke
Ingin menyaksikan kelainan dalam filem Malaysia? Tontonlah Karaoke. Kini sedang ditayangkan hanya di GSC Mid Valley Megamall dari 26 November hingga 2 Disember. Filem ini bukan filem aliran perdana. Tapi ia filem berjiwa. Menyampai metafora kehidupan yang perlu sentiasa kita fikirkan...
Sunday, November 1, 2009
Two Words
Just watched Quentin Tarantino's Inglourious Basterds. One word - awesome. Erm... not enough. Another word - breathless.
Tuesday, October 13, 2009
Gamat
Tempoh hari saya pergi menonton sebuah teater muzikal kanak-kanak di Istana Budaya . Sudah lama tidak menonton teater di Istana Budaya. Kali terakhir saya menonton teater di situ pada tahun lalu. Lagipun, masa tidak mengizinkan walaupun banyak pementasan tempatan dan antarabangsa yang menarik dipentaskan di Istana Budaya sepanjang tahun. Faktor kewangan turut membantutkan niat untuk kerap menonton teater. Mana tidaknya, harga tiket menonton teater bukan seperti harga tiket wayang. Harganya pula berbeza mengikut lokasi tempat duduk di dalam Panggung Sari dan jenis pementasan.
Disebabkan sudah lama tidak menonton teater, saya bersama beberapa orang rakan ke Istana Budaya untuk menonton sebuah teater muzikal kanak-kanak bertajuk Gamat. Ia berlatar belakangkan kehidupan laut yang penuh warna-warni. Mengisahkan si Ibu Gamat (Amy Mastura) dan Bapa Gamat (Zuhairi Ibrahim) yang mencari anak-anak mereka, Gama (Anith Aqilah OIAM) dan Mat (Aidil Solehin) yang hilang ketika bermain di Taman Plankton. Teater ini turut dibintangi Datin Natasha Hudson (Ikan Buntal) dan Syukor Ibrahim (Penyu) serta lebih 80 orang pelakon tambahan yang membawa watak pelbagai hidupan laut seperti ketam, udang kara, obor-obor, sotong, sotong kurita, baracuda, kuda laut, tapak sulaiman, umang-umang, landak laut dan sebagainya.
Terus terang saya katakan, teater ini adalah teater paling menghiburkan yang pernah saya tonton. Selama dua jam setengah, penonton dihiburkan dengan pelbagai lagu dan tarian hidupan laut yang berwarna-warni dan mengasyikkan. Kostum dan hiasan pentas sangat menakjubkan. Maklum sahajalah dengan Istana Budaya yang diiktiraf sebagai antara opera house terbaik dan tercanggih di dunia. Rekaan pentas dan latar belakang boleh diubah bagi setiap babak dengan sekelip mata. Teater Gamat tidak terkecuali dalam menggunakan kecanggihan Istana Budaya sepenuhnya. Taman Plankton yang indah, markas obor-obor yang menyeramkan, tempat tinggal sotong kurita yang gah, kawasan bermain ketam dan udang yang berwarna-warni serta tinggalan kapal karam yang menjadi tempat si tiram mempamer kecantikan mutiara ditukar silih berganti sepanjang pementasan. Sangat mengasyikkan!
Teater ini juga penuh dengan dialog-dialog dan aksi-aksi yang amat mencuit hati. Saya amat menyukai watak Mat yang dilakonkan oleh Adik Aidil Solehin. Saya kira usianya mungkin tujuh atau lapan tahun tapi beliau amat berbakat besar. Gelagatnya pasti akan membuat semua tertawa. Lakonan pelakon lain seperti Amy Mastura, Datin Natasha Hudson dan Anith Aqilah juga amat mantap dan menghiburkan. Pelakon-pelakon tambahan lain terutamanya kanak-kanak juga tidak kurang hebatnya. Semuanya boleh berlakon, menari dan menyanyi dengan sangat baik.
Apa yang saya dapat simpulkan, Gamat adalah antara teater muzikal kanak-kanak yang amat mengiburkan pernah dipentaskan di Istana Budaya. Jika dulu orang selalu memperkatakan tentang teater Siti di Alam Fantasi dan Ali Baba, kini Gamat juga akan menjadi sebutan ramai apabila berbicara mengenai teater kanak-kanak. Tambahan pula ia adalah teater pertama di Malaysia yang berlatarkan lautan. Diharap lebih banyak teater yang seceria Gamat sama ada bergenre muzikal atau tidak dipentaskan di negara ini. Saya tahu Puteri Gunung Ledang The Musical memang sudah menjadi benchmark bagi teater muzikal di Malaysia. Kini Gamat pula menjadi benchmark bagi teater muzikal kanak-kanak!
Nota: Teater Cuci The Musical akan dipentaskan di Istana Budaya tidak lama lagi. Tetapi harga tiketnya lebih mahal daripada pementasan biasa (harga tiket daripada RM43 hingga RM253). Kalaulah harganya murah sedikit..... sigh!

Tuesday, September 8, 2009
Demi Kehidupan
Demi kehidupan ini
Kudrat dikerah walau tika dinihari
Mencari rezeki untuk sesuap nasi
Walau seluas lautan tak bertepi
Atau hanya setitis embun pagi
Wang ringgit yang dikecapi
Moga ia diberkati Ilahi
Agar terciptanya kebahagian hakiki
Nota: Gambar di atas diambil di sebuah pekan kecil di Perak pada 1 Ramadhan yang lalu.
Friday, August 28, 2009
7 Tahun
Ramadhan Kareem datang lagi
Moga hati yang hitam dapat disuci
Moga segala dosa diampuni
Moga hidup diberkati Ilahi
Nota: Gambar di atas adalah anak saudara saya yang berusia 7 tahun ketika solat Zohor di sebuah masjid. Dia sedang berpuasa ketika itu. Alhamdulillah! Jika seorang kanak-kanak 7 tahun mampu untuk mengerjakan segala perintahNya tanpa sebarang rungutan janganlah ada di antara kita yang bersikap sebaliknya. Saya pasti tiada siapa mahu berasa malu dengan kanak-kanak berusia 7 tahun.......dan pastinya juga tidak mahu malu dengan Allah S.W.T. Wallahualam..
Wednesday, August 19, 2009
Thursday, August 13, 2009
Sunday, July 5, 2009
Koyak, Roboh dan Patah
Bajuku koyak
Bajuku koyak-koyak
Baju-bajuku koyak
Baju-bajuku koyak-koyak
Koyak bajuku
Koyak-koyak bajuku
Koyak baju-bajuku
Koyak-koyak baju-bajuku
Rumahku roboh
Rumahku roboh-roboh
Rumah-rumahku roboh
Rumah-rumahku roboh-roboh
Roboh rumahku
Roboh-roboh rumahku
Roboh rumah-rumahku
Roboh-roboh rumah-rumahku
Tulangku patah
Tulangku patah-patah
Tulang-tulangku patah
Tulang-tulangku patah-patah
Patah tulangku
Patah-patah tulangku
Patah tulang-tulangku
Patah-patah tulang-tulangku
Bajumu aku koyak
Bajumu aku koyak-koyak
Baju-bajumu aku koyak
Baju-bajumu aku koyak-koyak
Aku koyak bajumu
Aku koyak-koyak bajumu
Aku koyak baju-bajumu
Aku koyak-koyak baju-bajumu
Rumahmu aku roboh
Rumahmu aku roboh-roboh
Rumah-rumahmu aku roboh
Rumah-rumahmu aku roboh-roboh
Aku roboh rumahmu
Aku roboh-roboh rumahmu
Aku roboh rumah-rumahmu
Aku roboh-roboh rumah-rumahmu
Tulangmu aku patah
Tulangmu aku patah-patah
Tulang-tulangmu aku patah
Tulang-tulangmu aku patah-patah
Aku patah tulangmu
Aku patah-patah tulangmu
Aku patah tulang-tulangmu
Aku patah-patah tulang-tulangmu
Bajuku koyak-koyak
Baju-bajuku koyak
Baju-bajuku koyak-koyak
Koyak bajuku
Koyak-koyak bajuku
Koyak baju-bajuku
Koyak-koyak baju-bajuku
Rumahku roboh
Rumahku roboh-roboh
Rumah-rumahku roboh
Rumah-rumahku roboh-roboh
Roboh rumahku
Roboh-roboh rumahku
Roboh rumah-rumahku
Roboh-roboh rumah-rumahku
Tulangku patah
Tulangku patah-patah
Tulang-tulangku patah
Tulang-tulangku patah-patah
Patah tulangku
Patah-patah tulangku
Patah tulang-tulangku
Patah-patah tulang-tulangku
Bajumu aku koyak
Bajumu aku koyak-koyak
Baju-bajumu aku koyak
Baju-bajumu aku koyak-koyak
Aku koyak bajumu
Aku koyak-koyak bajumu
Aku koyak baju-bajumu
Aku koyak-koyak baju-bajumu
Rumahmu aku roboh
Rumahmu aku roboh-roboh
Rumah-rumahmu aku roboh
Rumah-rumahmu aku roboh-roboh
Aku roboh rumahmu
Aku roboh-roboh rumahmu
Aku roboh rumah-rumahmu
Aku roboh-roboh rumah-rumahmu
Tulangmu aku patah
Tulangmu aku patah-patah
Tulang-tulangmu aku patah
Tulang-tulangmu aku patah-patah
Aku patah tulangmu
Aku patah-patah tulangmu
Aku patah tulang-tulangmu
Aku patah-patah tulang-tulangmu
Nota: Puisi ini telah saya tulis dan dideklamasikan semasa Malam Tinta Nan 9. Terima kasih buat SN, Datuk A. Samad Said dan semua AJK Malam Tinta Nan 9 yang telah memberi penghargaan kepada puisi saya yang tidak seberapa ini.
Saturday, July 4, 2009
Pelamin
Tengah hari semalam saya dan rakan-rakan unit makan tengah hari di Penang Village, Alamanda. Bukan makan tengah hari yang biasa tetapi makan besar kerana meraikan seorang pegawai yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Kari kepala ikan, rojak Penang dan macam-macam jadi habuan perut. Akibat leka menikmati juadah, hampir terlupa ada kewajipan yang perlu ditunaikan. Ya, kewajipan itu pastinya solat jumaat.
Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 tengah hari. Terus saya bergegas keluar dari Alamanda menuju ke surau di Pusat Kejiranan Presint 16. Sampai sahaja di sana, saya lihat ramai orang sudah berdiri hampir si seluruh kawasan surau. Tiada lagi ruang untuk solat di dalam surau. Di luar kawasan surau juga sudah ramai yang membentang sejadah sendiri membentuk saf-saf di atas kawasan dataran batu-bata di bawah terik matahari. Beberapa minit lagi khatib akan menamatkan khutbah. Perlu segera mencari ruang untuk solat!
Di dalam sudah tiada ruang, di luar juga nampaknya begitu. Akhirnya saya terpaksa menanggalkan sampin yang dipakai untuk dijadikan alas untuk solat di atas tanah di kawasan surau. Mujurlah saya berbaju melayu semalam. Kalau tidak, pasti pakaian akan jadi kotor. Alhamdulillah! Tertunai juga kewajipan walaupun diri sudah bermandi peluh.
Saya masuk semula ke pejabat selepas itu tanpa bersampin. Mana tidaknya, sampin telah kotor terkena tanah. Memang salah berbaju melayu tanpa sampin. Apabila tiba di pejabat saya ditegur oleh seorang rakan pejabat yang berbangsa Cina. "Eh. Mana pergi you punya pelamin? Tak cantiklah pakai ini baju kalau tak pakai pelamin!"
Pengsan!!

Friday, June 19, 2009
Malu
Dua hari yang lalu saya ke sebuah pusat rawatan hemodialisis swasta di Cheras. Ada urusan yang perlu dilaksanakan di sana. Saya tidak pernah ke mana-mana pusat rawatan hemodialisis sebelum ini. Hanya pernah menonton di tv sahaja. Tidak pernah melihat sendiri bagaimana proses hemodialisis dilakukan. Tidak pernah melihat sendiri bagaimana peritnya mengalami kegagalan buah pinggang, antara organ terpenting yang dicipta Tuhan untuk manusia.
Namun begitu kelmarin saya telah melihat dan merasai semuanya sendiri. Apabila melangkah sahaja masuk ke dalam pusat hemodialisis tersebut dan melihat wajah-wajah mereka yang sedang menjalani rawatan hemodialisis membuat hati saya berasa sayu. Termanggu saya seketika melihat keadaan mereka. Hati saya bertambah runtun apabila mendengar bahawa mereka terpaksa melakukan hemodialisis sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Setiap sesi hemodialisis memakan masa sehingga empat jam. Betapa banyak masa yang terpaksa mereka habiskan di pusat rawatan tersebut. Saya lihat ada di antara mereka yang tidur, makan dan berbual semasa darah mereka bergerak melalui tiub-tiub yang berselirat memasuki mesin cucian darah. Ada juga yang hanya termenung sendirian dengan pandangan lesu dan tidak bermakna. Saya faham, hidup mereka pasti tidak lagi seindah dahulu. Tidak lagi dapat menghabiskan masa bersama keluarga tersayang. Tidak lagi dapat melihat keindahan dunia di luar sana. Tidak lagi dapat bergelak tawa bersama rakan di kedai kopi.
Namun mereka semua tetap tersenyum apabila saya datang menghampiri mereka. Juga sudi bercerita apabila ditanya. Tampak seperti kesulitan dan kesakitan itu tiada tapi saya tahu jauh di dalam sudut hati mereka tersimpan segala kisah duka dan sengsara. Saya tahu mereka bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan kesakitan tetapi juga dengan bebanan kewangan. Bayangkanlah, satu rawatan hemodialisis memerlukan kos sehingga RM150. Mujurlah Kerajaan memperuntukkan subsidi RM50. Dengan kos RM100 setiap rawatan, tiga kali seminggu memerlukan RM300. Sebulan, RM1200. Setahun, RM14,400. Astafirullah!! Betapa beratnya ujian dan dugaan yang terpaksa mereka semua lalui. Tapi mereka tetap tabah, kuat dan cekal menghadapi segala kesulitan dan beban yang terpaksa mereka pikul.
Hati saya tidak tertahan untuk menangis. Hiba. Pilu. Malu!! Malu kerana diri ini selalu sahaja merungut apabila menghadapi sedikit kesukaran. Apalah sangat dengan sakit demam, selesema dan migrain yang selalu saya hidapi ini jika dibandingkan dengan mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang. Apalah sangat tidak dapat keluar berlibur sehari dua kerana terbaring demam di rumah jika dibandingkan dengan 48 jam sebulan duduk di atas kerusi melihat darah sendiri dicuci oleh mesin!
"Tuhan yang menciptakan aku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku. Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum. Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku. Dan (Dialah) yang mematikanku, kemudian Ia menghidupkan aku. Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari Kiamat"
[Asy-Syu'araa':78-82]
Friday, June 12, 2009
Bila?
Bila kelana kan kembali?
Rindu bersarang di hati
Bila hujan kan turun?
Kemarau sudah berkurun
Bila derita kan tamat?
Semakin lemah dan tenat
Bila perang kan habis?
Semangat sudah terhakis
Bila damai kan tercipta?
Hati tidak lagi berkata
Rindu bersarang di hati
Bila hujan kan turun?
Kemarau sudah berkurun
Bila derita kan tamat?
Semakin lemah dan tenat
Bila perang kan habis?
Semangat sudah terhakis
Bila damai kan tercipta?
Hati tidak lagi berkata
Friday, May 29, 2009
Hiatus
Ya, saya sedang berhiatus
Mungkin sekejap
Mungkin juga lama
Tidak pasti
Walau apa pun
Saya tetap akan kembali!
Mungkin sekejap
Mungkin juga lama
Tidak pasti
Walau apa pun
Saya tetap akan kembali!
Monday, May 18, 2009
Monday, April 27, 2009
Mencari Kebenaran dan Jawapan
Tulisan saya pada kali ini adalah hasil daripada perbincangan saya dengan seorang rakan di Florida, Pali di ruangan komen bagi tulisan saya sebelum ini yang bertajuk Witch Riding. Komen-komen Pali yang bernas telah memberi saya inspirasi untuk menulis mengenai perkara ini. Saya rasa elok juga sekiranya saya menulis mengenai perbincangan tersebut dengan lebih jelas di sini supaya masing-masing dapat berkongsi ilmu, meluaskan pandangan dan mendalamkan pemahaman. Bagi diri saya sendiri yang amat daif dan serba kekurangan dalam apa jua ilmu dan pengetahuan yang dimiliki Yang Maha Esa ini, tulisan ini diharap dapat menjadi platform bagi percambahan minda dan pemantapan rohani.
Rakan saya, Pali menyatakan dalam komennya bahawa pada zaman ini, kita tidak harus terlalu bersifat saintifik sehingga penjelasan Al-Quran dan Hadis menjadi rujukan kedua, terutamanya dalam mencari persoalan bagi pelbagai misteri di dalam dunia ini. Witch riding adalah salah satu daripada misteri tersebut sudah semestinya! Pali juga telah memberikan contoh mengenai penjelasan mengenai kejadian hujan. Kata Pali, menurut pandangan sains, awan terbentuk daripada proses kondensasi yang kemudian apabila ia sarat dengan air, awan akan berubah menjadi hitam lalu bergerak ke kawasan yang panas. Kemudiannya hujan yang lebat akan turun membasahi Bumi. Bunyi guruh pula adalah disebabkan oleh pergeseran molekul-molekul air yang sarat itu. Kemudian berlakunya kilat yang sambar menyambar apabila cas-cas elektron yang ada di antara langit dan bumi menarik antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, kata Pali lagi, pandangan agama mengenai kejadian hujan pula adalah seperti yang digambarkan oleh Rasulullah SAW apabila ditanya oleh segolongan umat Yahudi yang mahu menguji Rasulullah SAW berkenaan perihal guruh dan kilat. Rasulullah SAW menjawab kepada golongan Yahudi tersebut bahawa guruh itu adalah suara malaikat yang menghalau awan-awan tersebut dan pada malaikat-malaikat tersebut terdapatnya tongkat dan dari tongkat itu keluarlah percikan api yakni kilat apabila dipukul oleh awan-awan tersebut.
Apa yang ingin Pali sampaikan di sini ialah kita yang hidup pada zaman serba moden dan canggih ini sememangnya boleh dikatakan bergantung sepenuhnya kepada penjelasan dan penemuan saintifik sehingga kadang kala lupa untuk melihat kembali kepada penerangan dan cerita daripada sumber yang paling utama iaitu Al-Quran dan Hadis. Kita harus sedar bahawa pelbagai teori saintifik yang telah dan sedang dikemukakan oleh para saintis sebahagiannya adalah amat bercanggah dengan ajaran Islam. Teori Revolusi Darwin misalnya sudah cukup untuk memberitahu kita bahawa dalam mencari kebenaran dan jawapan kepada apa jua persoalan di dalam dunia ini perlulah diseiringkan dengan sumber ilmu yang ulung iaitu Al-Quran supaya akidah tidak terpesong dan kebenaran serta jawapan akan dapat ditunjukkan.
Saya percaya bahawa Islam dan saintifik itu tidak pernah bercanggah antara satu sama lain. Malahan, dalam mencari jawapan kepada persoalan-persoalan saintifik yang penuh sukar itu adalah perlu untuk merujuk kepada Al-Quran yang menjadi sumber ilmu dan pengetahuan umat manusia yang paling ulung. Setiap kemusykilan dan kesangsian itu (sama ada saintifik atau tidak), Al-Quran pasti ada jawapannya. Sebagai contoh adalah mengenai penciptaan alam semesta. Saintis menjelaskan bahawa alam semesta terbentuk melalui fenomena Big Bang kira-kira 14 billion tahun yang lalu. Namun begitu apa yang masih menjadi persoalan kepada saintis hari ini ialah bagaimana benda-benda bukan hidup dan tidak bernyawa (inanimate) daripada unsur-unsur seperti hidrogen dan nitrogen sejak berbiliion tahun yang lalu boleh membentuk alam semesta dan seterusnya benda-benda hidup serta kehidupan secara keseluruhannya.
Ini kerana, para saintis percaya bahawa semua benda hidup tidak boleh berasal daripada benda bukan hidup atau tidak bernyawa. Saya pasti anda pernah mendengar nama Loius Pasteur, seorang Ahli Mikrobiologi kurun ke-19 yang telah menghasilkan salah satu teori sains hayat yang paling terkenal iaitu germ theory of disease. Eksperimen klasik Pasteur telah membuktikan bahawa benda hidup tidak boleh terbentuk sama sekali daripada benda-benda tidak bernyawa. Maka dengan itu, dengan berpegang kepada teori Pasteur, saintis memutuskan bahawa adalah mustahil untuk membentuk kehidupan dengan hanya unsur-unsur bukan hidup seperti hidrogen.
Namun begitu, Al-Quran menjelaskan bahawa daripada unsur-unsur tidak bernyawa itulah yang telah membentuk kehidupan. Kembali kita kepada contoh pembentukan alam semesta. Bumi semasa peringkat awal penciptaannya telah dibuktikan melalui kajian saintifik bahawa ia adalah steril dan tidak produktif. Hanya terdapat unsur-unsur seperti karbon, hidrogen, nitrogen, besi dan sebagainya di Bumi pada ketika itu. Jika kita melihat kembali kepada prinsip kehidupan yang dicetuskan oleh Pasteur, seoalah-olah adalah mustahil untuk mengatakan bahawa kehidupan yang penuh diversiti pada hari ini adalah terbentuk daripada unsur-unsur tidak bernyawa yang ada di atas Bumi ini suatu masa dahulu.
Secara tidak langsung ini menunjukkan bahawa sains sebenarnya tidak boleh menjelaskan atau memberi jawapan yang mutakhir berhubung perkara ini. Ini adalah kerana sains menolak sama sekali pertimbangan tidak logik dan yang tidak mempunyai bukti empirikal. Mana mungkin sains dapat membuktikan bahawa benda bukan hidup dapat dicipta daripada unsur-unsur tidak bernyawa seperti yang telah dibuktikan oleh Pasteur dalam eksperimennya. Namun begitu, jika sains itu dikolobrasikan dengan agama (Islam), pasti segala persoalan akan terjawab. Al-Quran dengan jelas telah menerangkan bahawa transformasi unsur-unsur tidak bernyawa kepada benda hidup sebenarnya adalah salah satu daripada petunjuk kebesaran Allah:
".....bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan. Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan kami pancarkan padanya beberapa matair, Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur? "
Jawapan kepada misteri bermulanya kehidupan sebenarnya sudah tertulis dengan jelas di dalam Al-Quran! Bukankah menjadi lebih mudah mencari kebenaran dan jawapan apabila kita berpaksi kepada sumber ilmu yang terulung?
Wallahualam....

[Yassin:33-35]

Wednesday, April 15, 2009
Witch Riding
Saya melawat ke blog Quntum sebentar tadi. Artikel terbaru yang ditulisnya sangat menarik. Mengenai pendinding. Quntum juga sebenarnya seperti saya, percaya kepada perkara-perkara misteri dan aktiviti paranormal. Mahu atau tidak kita harus percaya bahawa bumi ini bukan didiami oleh manusia semata-mata. Kewujudan 'mereka' sebenarnya adalah antara petunjuk kebesaran Yang Maha Esa.
Di sini saya cuma ingin berkongsi cerita mengenai fenomena yang biasa berlaku dalam masyarakat kita iaitu ditindih semasa tidur. Saya tertarik untuk bercerita mengenai perkara ini kerana saya sendiri pernah beberapa kali mengalami peristiwa ditindih ini. Saya percaya ramai di antara kalian yang juga pernah mengalaminya. Ada yang mengatakan bahawa fenomena ditindih semasa tidur adalah perbuatan makhlus halus. Namun begitu terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa ia adalah fenomena biasa yang berlaku dalam fisiologi dan psikologi manusia.
Di barat, fenomena ditindih semasa tidur dikenali sebagai sleep paralysis atau lebih popular dengan istilah witch riding. Menurut kajian di Amerika Syarikat, sleep paralysis ini anehnya lebih cenderung terjadi kepada golongan African-American dan Asia berbanding Caucasian. Faktor budaya dikatakan sedikit sebanyak mempengaruhi terjadinya sleep paralysis.
Secara ringkasnya, kita mesti memahami bahawa manusia terdiri daripada tiga elemen utama iaitu jasad, roh/jiwa dan minda. Sleep paralysis sering berlaku semasa kita hendak tidur atau bangun daripada tidur. Untuk membolehkan kita tidur, ketiga-tiga elemen yang sedang berada dalam keadaan jaga (awake state) perlu memasuki ke keadaan tidur (sleeping state atau REM iaitu Rapid Eyes Movement state). Zon peralihan di antara waktu jaga dan waktu REM tersebut adalah merupakan satu keadaan yang dikenali sebagai perantara. Di perantara inilah berlakunya sleep paralysis. Pada ketika ini, berlakunya satu mekanisme yang mengarahkan otak memutuskan hubungan dengan seluruh anggota badan. Di sinilah merupakan titik terpenting yang menyebabkan kita yang sedang berada dalam keadaan separuh sedar berasa lumpuh, tidak boleh bergerak dan berasa seolah-olah ditindih kerana otak sudah tidak lagi berhubung dengan anggota badan tetapi minda kita masih lagi berhubung dengan otak sama ada secara penuh atau pun separa penuh. Dalam keadaan biasa, otak memutuskan hubungan dengan anggota badan dan minda kita secara serentak untuk memasuki ke keadaan tidur. Sleep paralysis yang berlaku semasa kita bangun daripada tidur juga mengaplikasikan teori yang sama.
Saya sendiri pernah beberapa kali mengalami fenomena ini. Memang sukar untuk memutuskan sama ada ia adalah merupakan satu fenomena biasa dalam fisiologi dan psikologi manusia atau pun disebabkan oleh makhluk halus. Saya sendiri tidak pasti kerana dua kejadian yang pernah berlaku ini membuatkan saya terus tertanya-tanya. Pertama, saya pernah mengalami sleep paralysis semasa bulan puasa. Pada mulanya saya fikir ia memang satu fenomena biasa dalam badan manusia kerana berpendapat tiada jin yang akan mengganggu umat manusia di bulan Ramadahan. Tetapi tak tahulah pula kalau-kalau jin-jin Islam yang masih bebas semasa bulan puasa tersebut masih mengganggu manusia. Maklum sahajalah sebaik-sebaik jin adalah sejahat-jahat manusia! Namun begitu kejadian kedua yang berlaku sedikit sebanyak membuat saya terfikir mengenai misteri fenomena sleep paralysis ini. Ia berlaku semasa di kolej matrikulasi di mana saya mengalami sleep paralysis berulang kali (4-5 kali) pada satu malam. Setiap kali saya ingin melelapkan mata sahaja (dengan bacaan pelbagai doa dan surah), saya ditindih hingga membuatkan saya langsung tidak dapat tidur dan sangat kepenatan. Disebabkan terlalu penat, saya kemudiannya terus mengambil surah yassin dan meletakkannya di atas bantal di tepi kepala. Alhamdulillah, saya terus tidur lena dan tidak lagi ditindih!
Jadi bagi saya sleep paralysis adalah satu fenomena yang masih lagi perlu dikaji dengan lebih ekstensif supaya diri tidak dibiarkan terus diselubungi.......misteri!

Monday, April 6, 2009
Botak
Tiba-tiba terkenangkan saat memotong rambut dengan potongan nombor 1 beramai-ramai semasa Modul Bomba DPA. Rata-rata semuanya pertama kali memotong rambut pendek sebegitu. Semuanya resah. Risau kalau potongan begitu buat diri tidak lagi hensem dan tidak lagi macho. Tapi potongan nombor satu ini memang bagus. Kepala rasa ringan je. Tak tahulah bila nak berkepala botak macam ini lagi..
Saat-saat terakhir sebelum semuanya menjadi botak
"Alamak! Mesti aku jadi tak hensem bila dah botak. Mesti Amini tak suka aku nanti!" kata Sayuti sambil memegang rambutnya buat kali terakhir
"Aku tetap macho walaupun botak!" kata Rizal yang perasan
Fairuz tetap tersenyum walaupun tahu dirinya akan kelihatan pelik tidak lama selepas itu
"Akulah Pegawai SPR yang serba boleh. Kira undi boleh, botakkan kepala orang pun boleh" kata Ibrahim dengan penuh bangga sambil membotakkan Roy
Erk.... kau nak jadi sami ke, Kamal?
Haha!

Thursday, April 2, 2009
Ironik
Pada mulanya ia hanyalah sekadar jenaka April Fool, tetapi apabila mendapat respon daripada rakan-rakan saya berasa amat terharu. Niat untuk ketawa terus hilang. Rupa-rupanya ramai yang memberikan sokongan kepada blog saya yang tidak seberapa ini. Ia benar-benar buat saya terharu. Sangat ironik, bukan?
Terima kasih kepada Quntum, Deham, Hadi, Ikraam, Hayati, Halim, Pali, Rio, Muzem, Yaya, Am, Emmy, Anonymous1, Anonymous2 dan Anonymous3 atas sokongan yang anda berikan. Saya kini mendapat semangat baru untuk terus menulis dan saya juga akan sentiasa memberikan sokongan kepada penulisan anda semua!

Wednesday, April 1, 2009
Tamat
Hidup ini terlalu berharga. Banyak perkara yang perlu dilakukan. Banyak impian yang perlu digapai.
Apa yang berlaku dalam hidup ini juga perlu disimpan dalam hati, dalam jiwa dan dalam minda. Tidak perlu dihebah di sana sini.
Apa guna dicerita itu dan ini jika membuat orang lain terasa hati.
Saya rasa inilah penamatnya.
Terima kasih atas sokongan semua.

Friday, March 27, 2009
Tomorrow
Don't forget that tomorrow is an Earth Hour day. Remember to switch off your lights from 8.30 - 9.30 pm tomorrow. Wondering what to do during Earth Hour? Don't worry. There are several things you can do during the one hour darkness:
1. Gather family & friends for a night picnic
2. Dine in one of the many Earth Hour participating restaurants by candlelight
3. Organise a family night playing board games
4. Throw an Earth Hour street party with your neighbours
5. Arrange a house party lit by torches
6. Hand write a letter to loved one by lantern
7. Sit in the dark and share stories
8. Read a book using a book light
9. Share a romantic night in with your loved one
10. Lying on grass and watching stars
Remember, your light switch is your vote.

Wednesday, March 25, 2009
First Move
Petang semalam sebelum pulang ke rumah dari pejabat saya ke Presint Diplomatik untuk menghantar beberapa pasang baju melayu dan baju batik ke kedai dobi di sana. Nama kedai dobi tersebut agak unik – My Moms Laundry. Harap-haraplah baju-baju saya dibasuh dengan penuh kelembutan seorang ibu. Yalah tu!
Selepas menghantar baju dan membeli sedikit barang keperluan di Mydin Bazar, saya terus memandu keluar dari Presint Diplomatik untuk pulang segera ke rumah. Jam sudah pun menunjukkan pukul 6.30 petang pada ketika itu. Mahu cepat sampai ke rumah kerana perut sudah berbunyi-bunyi dek kelaparan. Tetapi malang betul nasib saya kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Apabila terperangkap dalam kesesakan lalu lintas begitu, radiolah jadi peneman untuk menghilangkan kebosanan. Seperti biasa, stesen radio Flyfm menjadi pilihan saya. Pada petang itu, deejay Flyfm bertanyakan satu soalan untuk dijawab oleh para pendengar. Soalannya: “In your opinion, between a man and a woman, who should make the very first move to start a relationship?”
Dalam perjalanan pulang tersebut saya sempat mendengar beberapa jawapan dari para pendengar Flyfm yang memberikan respon mereka kepada soalan tersebut. Jawapan-jawapan yang mereka berikan sangat menarik dan bernas.
Jawapan 1 (daripada seorang wanita):
“Guys are so blur! They never knew that girls are hitting on them. So girls definitely should make the first move”
Jawapan 2 (daripada seorang wanita):
“The question isn’t relevant anymore. It doesn’t matter who should start. Whether you are a man or a woman, if you suddenly realise that something great will be happening ahead, you should start it. I for example, started it and the man I asked ended up marrying me. I couldn’t imagine all great things that I might have lost if I didn’t make the first move many years ago”
Jawapan 3 (daripada seorang lelaki):
“No way women make the first move. Guys should do it especially when proposing. When a man proposes a woman to marry him, the decision of getting married for both of them is determined by the woman proposed. If she said yes, they are getting married. If she said no, they are not getting married. So if she said yes and they are getting married and something bad happens in the future, divorce for example, the woman is the one to be blamed because she is the one who accepts and decides to marry the man who asks her. So, if women start it first, I mean proposing and guys are accepting, all blames now will go to guys! That really shouldn’t happen”
Hmmm..... menarik bukan respon-respon mereka?

Tuesday, March 24, 2009
Teknik Mengorat Awek
Oh, tidak. Tak ada maknanya untuk saya menulis perkara-perkara begini. Itu adalah keywords yang ditaip di laman carian Google oleh seorang lelaki yang sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari seorang awek. Pencariannya di Google telah membawa dia ke blog saya ini. Kasihan dia. Mesti dia kecewa apabila klik pada link blog saya dalam senarai keputusan laman web yang disenaraikan oleh Google. Memanglah dia tak akan jumpa teknik-teknik untuk mengorat awek dalam blog saya ni!
Monday, March 16, 2009
Vote Earth!
Our beloved Earth is dying due to GLOBAL WARMING. However, there is one thing you can do to save our Earth – switching off your lights. Switching off your lights is a vote for Earth, or leaving them on is a vote for global warming. WWF is urging the world to VOTE EARTH and reach the target of 1 billion votes, which will be presented to world leaders at the Global Climate Change Conference in Copenhagen 2009.
So, be part of more than 1 billion people around the globe who choose to vote for Earth by switching off your lights on SATURDAY, 28 MARCH 2009 for one hour from 8.30 – 9.30 pm.
Remember, we all have a vote and every single vote counts. Together we can take control of the future of our planet, for future generations!!
For more information please visit the official Earth Hour website

Monday, March 9, 2009
Wednesday, March 4, 2009
Perjalanan
Pengakhiran yang manis bagi perjalanan dan pengembaraan yang penuh bermakna. Kini bermula pula satu perjalanan lain yang masih belum diketahui akan pengakhirannya. Perjalanan yang pastinya akan dipenuhi dengan pelbagai ranjau dan duri. Perjalanan yang pastinya akan mendewasakan dan mematangkan kita. Moga kita semua dapat mengharungi jalan-jalan di hadapan sana bersama-sama dengan semangat yang utuh dan jiwa yang kental
Tahniah buat rakan-rakan semua juga!
Tuesday, March 3, 2009
Di PICC
Saya sedang berada dalam Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Mendengar ucapan Tan Sri Samsudin Osman, Bekas Ketua Setiausaha Negara.
Saya sebenarnya sangat lapar. Pagi tadi hanya sempat minum susu sahaja. Ada lebih daripada 600 orang graduan yang bakal menerima skrol hari ini. Nampaknya saya kena menahan lapar untuk jangka masa yang panjang.
Selamat berkonvokesyen!

Friday, February 20, 2009
Girls and Boys
I found this interesting story from an unknown website which I discovered during stumbling. Just wanna share it with all readers!
Girls are like
apples on trees. The best
ones are at the top of the tree.
The boys don't want to reach for
the good ones because they are afraid
of falling and getting hurt. Instead, they
just get the rotten apples from the ground
that aren't as good, but easy. So the apples
at the top think something is wrong with
them, when in reality, they're amazing.
They just have to wait for the right
boy to come along, the one
who's brave enough
to climb
all the way
to the top
of the tree.
Sunday, February 15, 2009
Slumdog Millionaire
Yesterday I went to watch Slumdog Millionaire at Pavilion's GSC. As you all may already know, everyone around the world has been talking about Slumdog Millionaire since it's big winning at the 66th Golden Globe Awards recently. It won all four of the Golden Globe Awards it was nominated for, including Best Drama Film and Best Director. Slumdog Millionaire has also been nominated for 10 categories in the 2009 Academy Awards, including Best Picture, Best Director, Best Adapted Screenplay and Best Cinematography.
Slumdog Millionaire is adapted from a novel entitled Q and A written by Indian author, Vikas Swarup. It tells the story of a young man named Jamal from Mumbai's slum who enters the Indian version of Who Wants to be a Millionaire?. He answers all the questions correctly and nobody including doctors and lawyers appeared on the game show before had ever achieved that. This arousing the suspicion of an individual who thinks Jamal had been cheating. He then sends Jamal to the law enforcement officials.
So what makes Slumdog Millionaire so special and won numerous awards? For me personally, Slumdog Millionaire is a very RARE movie. It is not just rare but EXTRAORDINARY too. It is an extraordinary movie that is very hard to be found nowadays. It is definitely an Oscar worth. Please go watch this movie. I am sure you will agree with me!
Note: The Best Picture of the 2008 Academy Awards, No Country for Old Men is another rare+extraordinary movie. Please watch this movie too. Or at least read the original novel (the same name) written by Cormac McCarthy.
Tuesday, February 3, 2009
Orang Rumah
Pagi tadi saya ke Bangunan PERKIM di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur untuk satu mesyuarat. Kesesakan lalu lintas di Lebuh Raya KL-Seremban sangat serius. Selepas plaza tol Sungai Besi pemandu saya menggunakan terowong SMART untuk ke Jalan Tun Razak. Tapi terowong SMART juga sesak seperti di luar. Perjalanan dari Putrajaya ke Jalan Ipoh pagi tadi mengambil masa 1 jam 30 minit. Gila, bukan?
Apa yang menariknya, semasa di Lebuh Raya KL-Seremban tadi saya ternampak seorang pemandu kereta Proton Persona yang bercukur sambil memandu keretanya. Saya rasa begitulah keadaanya jika kesesakan lalu lintas telah menjadi sebahagian daripada rencah hidup warga kota. Semua perkara boleh dibuat apabila terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Makan, minum, memakai tali leher adalah antara perkara yang biasa saya lakukan apabila terperangkap dalam kesesakan begitu. Teringat saya kepada seorang rakan yang tinggal di Selayang. Hampir tiap-tiap hari dia berbuka puasa di dalam kereta semasa di bulan puasa. Semuanya kerana kesesakan lalu lintas.
Perkara kedua yang menarik berlaku pada hari ini ialah perbualan antara saya dengan seorang pegawai wanita yang turut hadir bersama dalam mesyuarat pagi tadi di Bangunan PERKIM. Berikut adalah dialog antara saya bersama beliau:
Naz: Puan xxx sudah berapa lama di Bahagian ABC?
Puan xxx: 2 1/2 tahun..baru je lagi
Naz: Sebelum ni puan bertugas di mana?
Puan xxx: Klang. Saya rasa saya nak minta tukar balik ke Klang la, tak larat berulang ke Putrajaya tiap-tiap hari. Penat.
Naz: Saya faham tu. Dulu saya pun berulang alik daripada P.J. Memang penat. Traffic jam. Toll.
Puan xxx: Awak asal daripada mana?
Naz: Perak. Puan?
Puan xxx: Terengganu. Bukit Besi. Dekat Dungun. Orang rumah awak tak ada minta tukar balik Perak ke?
Naz:.......................................... (sepi!)
Dua misteri terus bermain di benak fikiran saya pada saat itu juga. Pertama, kalau saya ada orang rumah sekalipun, bagaimana Puan xxx boleh yakin bahawa dia juga orang Perak. Kedua, muka saya ni muka macam orang yang dah ada orang rumah ke?

Friday, January 30, 2009
Badut
Wednesday, January 21, 2009
Esok
Saya tidak sabar menanti hari esok. Bukan sebab esok kena berbaju batik ke pejabat. Bukan juga sebab esok ada pasar malam di kawasan perumahan tempat saya tinggal.
Saya memang tidak sabar menanti hari esok!

Friday, January 16, 2009
Tag Lagi!
Aduh! Saya telah ditag oleh dua orang sekaligus. Zyrin dan Malahayati. Tag itu pula adalah tag yang sama. Hmm.... pagi Jumaat yang dipenuhi tag!
Senaraikan 10 perkara tentang orang yang tag kamu
Untuk Zyrin:
1) Mempunyai pengetahuan yang sangat luas dalam pelbagai perkara. Dia adalah ibarat kamus dan ensiklopedia bergerak di bahagian tempat saya bertugas.
2) Masih muda remaja lagi (remaja ke?) tapi dah berpangkat besar.
3) Ulat buku tahap gaban di mana ulat pun pasti akan gerun kalau berjumpa dengan dia. Semua buku dia baca. Tak tahulah kalau buku budak tadika pun dia baca juga.
4) Sangat menyayangi Oscar. Saya rasa mungkin Oscar tidak lagi akan dibelai manja olehnya seperti dahulu dan sekarang. Tapi mungkin juga Oscar akan disayanginya selama-lamanya! Tiada siapa tahu.
5) Pandai berfesyen. Ini memang fakta ye, bukan rekaan.
6) Pandai membuat bermacam jenis biskut terutamanya biskut kurma. Sedap giler biskut kurma yang dia buat. Meleleh air mata dan air liur bila makan biskut tu.
7) Bila bercakap macam keretapi laju Jepun. Tak pun macam Gilmore Girls. Sangat laju tapi berinformatif.
8) Kemas dan teratur. Ya Allah! Kalau pergi bilik dia memang akan timbul rasa kagum melihat benda-benda kecil yang dia susun dengan penuh rapi di tepi tingkap bilik dia tu. Memang boleh menyertai kelab Pecinta 5S.
9) Suka berkaraoke. Tapi saya belum pernah melihat dia menyanyi lagi. Nanti saya nak minta dia menyanyi di hadapan saya. Boleh ke, Zyrin?
10) Seorang yang sangat ceria bagai seorang kanak-kanak ribena yang diberikan ais krim perisa strawberi oleh ibu bapa mereka.
Untuk Malahayati:
1) Sangat pandai menulis. Saya amat mengagumi bakatnya dalam bidang penulisan.
2) Kreatif dan sentiasa mempunyai idea-idea gila tetapi bernas. Tengok sahajalah macam mana dia mengubah suai choral speaking masa Makan Malam KSN.
3) Mempunyai senyuman yang sangat manis. Suka tengok dia senyum.
4) Suka kopi Starbuck tapi sekarang ini dia sudah tidak ke Starbuck lagi kecuali semasa Streamyx di rumahnya buat perangai.
5) Menghadiahkan kepada saya pokok orkid yang sangat cantik semasa ulang tahun hari jadi saya yang ke-24 pada tahun lalu (Ye, saya tahu saya sudah tua!). Saya namakan orkid tu Delia.
6) Mempunyai pemikiran yang sangat mendalam dalam banyak perkara. Saya boleh kategorikan dia sebagai seorang pemikir.
7) Anak kepada seorang Sasterawan Negara. Saya rasa darah yang mengalir dalam dirinya juga adalah darah sasterawan seperti ayahnya.
8) Tidak pernah lokek dalam berkongsi ilmu pengetahuan. Macam-macam benda boleh belajar daripada dia.
9) Kuat makan tapi badan tetap kurus. Macam saya juga!
10) Saya rasa dia patut jadi Mak Sidang masa DPA dulu. Bakat kepimpinannya memang terserlah!
Senaraikan novel kegemaran kamu
1) Life of Pi oleh Yann Martel
2) The Kite Runner oleh Khaled Hosseini
3) Imam oleh Abdullah Hussain
4) A Painted House oleh John Grisham
5) The Da Vinvi Code oleh Dan Brown
6) The Shadow of the Wind oleh Carlos Ruiz Zafon
7) To Kill a Mockingbird oleh Harper Lee
8) The Historian oleh Elizabeth Kostova
9) The Testament oleh John Grisham
10) The Five People You Meet in Heaven oleh Mitch Albom
11) Siri Harry Potter oleh J.K. Rowling
Senaraikan 5 benda yang kamu sayang
1) Gambar-gambar saya (dan bersama keluarga/rakan-rakan) daripada saya kecil sampailah besar sekarang ini
2) Kereta saya
3) Kamera digital saya
3) PDA saya
4) Telefon bimbit saya
5) Komputer riba saya dan sebenarnya semualah yang saya miliki saya sayang. Tak ada yang saya tak sayang!
Tag 6 orang
Saya tak mahu tag sesiapa sebab majoriti sudah pun ditag oleh orang lain.

Wednesday, January 14, 2009
Boikot
Tengah hari tadi saya makan di Restoran JM Bariani House, Alamanda bersama dua orang rakan. Restoran ini terletak di sebelah Manhattan Fish Market. Pada mulanya susah juga hendak membuat pilihan tempat untuk makan tengah hari. Maklum sahajalah jalan depan, Amerika. Pusing belakang pun Amerika juga. Toleh kiri Amerika lagi. Tapi apabila toleh kanan ternampaklah JM Bariani House. Jadi, JM Bariani House jadi pilihan kami. Lagipun kami memang suka mencuba makan di tempat-tempat baru.
Saya makan Bariani Daging. Harganya RM10.40. Bersama sirap limau. RM2.00. Rakan-rakan saya kedua-duanya makan Bariani Ayam Goreng (RM9.90). Atas alasan menjaga kesihatan, mereka cuma pesan air suam sahaja. Tapi mungkin juga kerana harga minuman di situ memang agak kurang munasabah.
Apa yang saya ingin perkatakan di sini ialah kunjungan kami ke JM Bariani House sangat mengecewakan. Harganya mahal dan tidak sedap pula. Niat di hati mahu boikot restoran-restoran Amerika tapi restoran tempatan pula tidak memberikan yang terbaik. Kalau begini, bagaimana mahu boikot. Patutlah tadi saya tengok masih ramai orang kita yang beratur panjang membeli donut di Big Apple Donuts. Di McDonalds juga begitu!

Wednesday, January 7, 2009
Puasa
"Berpuasalah pada hari Asyura (10 Muharram), sehari sebelum dan sehari selepas. Bezakan cara puasa kita dengan (cara puasa) Yahudi"
Nota: Saya berbuka puasa dengan pizza segera sahaja hari ini. Saya tahu, pizza sejuk beku memang tidak sesedap pizza daripada Pizza Hut tetapi produk-produk Amerika perlu dijauhi, bukan?
[Hadis Riwayat Ahmad]
Nota: Saya berbuka puasa dengan pizza segera sahaja hari ini. Saya tahu, pizza sejuk beku memang tidak sesedap pizza daripada Pizza Hut tetapi produk-produk Amerika perlu dijauhi, bukan?
Tuesday, January 6, 2009
Test
"Allah tasketh not a soul beyond its scope. For it (is only) that which it hath earned, and against it (only) that which it hath deserved. Our Lord! Condemn us not if we forget, or miss the mark! Our Lord! Lay not on us such a burden as thou didst lay on those before us! Our Lord! Impose not on us that which we have not the strength to bear! Pardon us, absolve us and have mercy on us, Thou, our Protector, and give us victory over the disbelieving folk"
Oh My Lord, give me strength and fortitude to get through all the burden You test on me!
[Al-Baqarah: 286]
Oh My Lord, give me strength and fortitude to get through all the burden You test on me!
Friday, January 2, 2009
Australia
I have never been to the Australian outback. I mean, I have never set my foot in any part of Australia. However, I have always been fascinated with this down under and been dreaming of visiting every inch of it's astounding and spectacular land. The Sydney 2000 Summer Olympic Games and U.S TV show Survivor: Australia have instantly made me become an aficionado of Australia.
My affection towards Australia especially the outback become more fervid after watching the epic romantic adventure film: Australia recently. Australia, directed by Baz Luhrman (Moulin Rouge!) is a love story, a World War II saga and a social-conscience drama. It's 1939, the English aristocrat Lady Sarah Ashley (Nicole Kidman) set her foot in remote Faraway Downs cattle station owned by her husband who just murdered hours before her arrival. Then everything that changes Lady Ashley's life begins from that day: she takes over her husband's business, learns droving, forms a beautiful relantionship with a half-caste child, Nullah (Brandon Walters) and hooks up with a wild drover called The Drover (Hugh Jackman) who leads her herd on a dangerous cross-country track to Darwin.
However, the core of Australia is about the 'stolen generations'- mixed-race or half-caste children whom abducted and put in mission schools to breed the black out of them. Nullah is one of the half-caste kid who hunted by the Government and there is Lady Ashley who is willing to do anything to prevent anyone from taking him away.
Australia really is a beautiful film. Yes, it certainly has flaws but it is still beautiful. You will find everthing in it - love, courage, sacrifice, hardship and the true meaning of life.
One of the scenes from Australia
(Photo taken without permission from imdb.com)

Another great story about the Australian outback (apart from Rabbit-Proof Fence of course) which also tells the meaning of love, courage and hardship is a short story entitled The Drover's Wife written by the most famous Australian author, Henry Lawson. I first read the short story when I was in form four, together with other four short stories: Somerset Maugham's The Lotus Eater, Guy de Maupassant's The Necklace, Roald Dahl's The Sound Machine and Bessie Head's Looking for A Rain God. These five short stories are compulsory to be studied by all form four students since they are part of literature compenents in English Language syllabuss.
The Drover's Wife reflects about the harsh of Australian outback people's lives by telling a story about a drover's wife who has to face with harsh situation when she and her four children are left alone at home when her husband goes droving to earn a living. Rearing during wet season and droving during draught is a way of life in the outback. One day, a snake enters the house and the drover's wife must protect her children at all time since the snake is hiding in the house. If the snake bites one of her children, it would be a real disaster. The head of the family is thousand miles away and it is 19 miles to the nearest neighbour. That is the hardship of life in the Australian outback that you can feel by watching Australia or reading The Drover's Wife. Both will touch your heart. I still remember how I burst into tears after I finished reading The Drover's Wife. How could one hold his or her tears when reading The Drover's Wife's ending?:
The dirty-legged boy stands for a moment in his shirt, watching the fire. Presently he looks up at her, sees the tears in her eyes, and, throwing his arms round her neck exclaims: “Mother, I won’t never go drovin’; blarst me if I do!”. And she hugs him to her worn-out breast and kisses him; and they sit thus together while the sickly daylight breaks over the bush.
Mesej
Saya suka menyimpan mesej-mesej yang diterima melalui telefon bimbit saya. Dengan kapasiti kad memori pada telefon bimbit yang agak besar sehingga 4GB memang tidak menjadi masalah kepada saya untuk menyimpan pelbagai mesej menarik yang diterima daripada rakan dan keluarga. Antara mesej-mesej menarik yang masih saya simpan di dalam telefon bimbit saya ialah mesej-mesej yang diterima daripada rakan-rakan semasa modul penempatan daerah DPA di Pahang suatu masa dahulu. Saya ingin kongsikan beberapa mesej tersebut bersama dengan anda semua kerana mesej-mesej tersebut pasti akan membuat anda tersenyum sendirian sambil mengenang kembali memori-memori indah bersama keluarga angkat!
"Ada line!.."
Nurhana Ikmal (Wisma Putra)
"Mak aku br je buang cwn minum kat luar tngkap keta.. owh, aku xleh terima"
Suraya Sukeri (KKM)
"Ko ada kt rumah? aku dh x tau nk buat ape ni"
Mohamad Fadhlullah Omar (SUK Selangor)
"Caner family ko? Ok x? Aku asyik mkn je ni, abis la aku bulat pas ni. Heheh"
Norazura Ahmed (KP&IAT)
"Rumah aku sblah rumah Razaly je. Senang la sikit!"
Mohd Rizal Abdullah (SPA)
"En hazrul ada di kawasan sekitar. He’s otw masuk kg ulu sg n kela. Td dia sggh beli durian. Sesape nk beli meh la sggh kat dpn pondok polis bt malim. Hehehe :p"
Khairiwan Ridzuan Harry (KEMENTAH)
"Aku x dpt cari responden la. Kt kg aku xde miskin tegar"
Naglaa Isamail (KDN)
"Tolong..aku lemas dalam durian!!"
Azlan Che Adnan (JPM)
"Rumah aku ada letrik. Lega!! Astro pun ada"

Subscribe to:
Posts (Atom)