Wednesday, March 25, 2009

First Move

Petang semalam sebelum pulang ke rumah dari pejabat saya ke Presint Diplomatik untuk menghantar beberapa pasang baju melayu dan baju batik ke kedai dobi di sana. Nama kedai dobi tersebut agak unik – My Moms Laundry. Harap-haraplah baju-baju saya dibasuh dengan penuh kelembutan seorang ibu. Yalah tu!

Selepas menghantar baju dan membeli sedikit barang keperluan di Mydin Bazar, saya terus memandu keluar dari Presint Diplomatik untuk pulang segera ke rumah. Jam sudah pun menunjukkan pukul 6.30 petang pada ketika itu. Mahu cepat sampai ke rumah kerana perut sudah berbunyi-bunyi dek kelaparan. Tetapi malang betul nasib saya kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Apabila terperangkap dalam kesesakan lalu lintas begitu, radiolah jadi peneman untuk menghilangkan kebosanan. Seperti biasa, stesen radio Flyfm menjadi pilihan saya. Pada petang itu, deejay Flyfm bertanyakan satu soalan untuk dijawab oleh para pendengar. Soalannya: “In your opinion, between a man and a woman, who should make the very first move to start a relationship?

Dalam perjalanan pulang tersebut saya sempat mendengar beberapa jawapan dari para pendengar Flyfm yang memberikan respon mereka kepada soalan tersebut. Jawapan-jawapan yang mereka berikan sangat menarik dan bernas.

Jawapan 1 (daripada seorang wanita):
Guys are so blur! They never knew that girls are hitting on them. So girls definitely should make the first move

Jawapan 2 (daripada seorang wanita):
The question isn’t relevant anymore. It doesn’t matter who should start. Whether you are a man or a woman, if you suddenly realise that something great will be happening ahead, you should start it. I for example, started it and the man I asked ended up marrying me. I couldn’t imagine all great things that I might have lost if I didn’t make the first move many years ago

Jawapan 3 (daripada seorang lelaki):
No way women make the first move. Guys should do it especially when proposing. When a man proposes a woman to marry him, the decision of getting married for both of them is determined by the woman proposed. If she said yes, they are getting married. If she said no, they are not getting married. So if she said yes and they are getting married and something bad happens in the future, divorce for example, the woman is the one to be blamed because she is the one who accepts and decides to marry the man who asks her. So, if women start it first, I mean proposing and guys are accepting, all blames now will go to guys! That really shouldn’t happen

Hmmm..... menarik bukan respon-respon mereka?

18 comments:

Am said...

Jawapan 3 is... yeah, right.

Jawapan 1 & 2; these girls has to read 'He's Just Not That Into You' book.

In response of Jawapan 1, er.. seriously, guy usually get it when a girl is flirting. He's just not replying because he's just not that into that girl. Correct me if I'm wrong Naz.

My personal answer for the question, 'depends'.
My personal answer for my case 'it is always has to be me'. (Smirk):D

marmalade said...

oh naz. i wish i could let you read my article hehehe. sometimes, things just happened when you have found the one that you would want to spend the rest of your life wif *wink* and you would react accordingly. that is when you see, your brain ain't functioning very well because looovveeeeee is in the air! hahahahahahah

Naz said...

Am: Obsesnya ko ngan cerita He's Not Just That Into You... Pd pandangan aku, jawapan 1 tu ada benarnya. Setakat ni dah ramai sangat pompuan cakap benda yang sama kat aku. Dan aku sendiri pun dah alami perkara ni...serius mmg aku blur. Haha!
Jawapan 2 tu aku mmg setuju sangat. Zaman sekarang ni x kisahlah lelaki atau pompuan yang start dulu. Kalau masing2 dok tunggu, dua2 rugi nanti. Dah banyak sangat cerita drpd member2 yg aku dengar 'melepas' sebab masing2 x mau start padahal dua2 suka sama suka..

Marmalade: Mmmg dah ada kajian saintifik yang menunjukkan bhawa bbrp bhgian pd otak manusia yang mengawal kewarasan dan rasional shut down when love is in the air.. Sebab tu love is blind! =)

Pengejar Masa said...

the last one has a good point.

Am said...

Naz...

'Setakat ni dah ramai sangat pompuan cakap benda yang sama kat aku. Dan aku sendiri pun dah alami perkara ni...serius mmg aku blur'

Wah, hot stuff eh? 'Ramai sangat' OKEH...

(P.S: You better approve this comment huh:D)

Naz said...

Pengejar Masa: Ko pun mesti berpikiran cam mamat yg bagi jawapan nombor 3 tu kan? Hehe

Am: Ko buat aku gelak la dude. Maksud aku 'ramai sangat' pompuan yg cakap camtu bukan bermaksud ramai sangat pompuan yang dok hitting on me tapi aku x sedor tapi ramai sangat pompuan terutamanya member2 aku yg cakap camtu bila dok sembang2 ngan diorang pasal benda ni. Idokla le pulok teman ni hot stuff sampai ramai bebenor yg flirting ngan teman. Cuma ada la sekali dua aku terkena... Hehe.. =)

marmalade said...

dalam hal nih, i think BODYLANGUAGE plays a big role =)

Naz said...

Marmalade: U r genius! Nama blog awaklah jawapan kepada persoalan ini. Masing2 kenalah paham bodylanguage kan, jadi xdelah berlakunya masalah blur, x paham dan x reti bahasa..
Juga mengelakkan daripada berlakunya kejadian yg mematahkan hati apabila direject. Yalah kalau daripada bodylanguage kita dah bleh tahu yang dia x de perasaan yg lebih2 pun, jadi x perlulah kita gatai2 nak make first move, kecualilah kalau sanggup ambil risiko direject. hehe! Thanks, marmalade!

Am said...

Haha Naz.
Well, you dun hav to be humble:D
Hehe.

Naz said...

Am: Hahaha... Humble bependanya... =D

Anonymous said...

errr...aku cuma nak ckp aku pon anta dry cleaning kat My Mom's Laundry..ahaks! even KWP punye baju2 pon anta situ...harga murah...tp best.

Naz said...

hanieharis: Hehe.. ko pun hntar baju kat situ gak ye? Aku baru first time gi situ. Sebelum ni aku slalu gi kedai yang kat presint 8 (sebelah bank rakyat) tu. Tapi My Moms Laundry ni mmg agak best la kan!

Khairul Amri Ishak said...

aku mmg hantar laundry kt mak aku je naz.hehe.

aku tertanya2..
mcm mner ko blh rekodkan
the exact word coming from the listeners?

as if u remember the vivid statement, nothing left behind..

Naz said...

Rio: Aku cuma ingat keywords saja. Tapi most of their words memang aku ingat dan apabila sampai rumah aku terus tulis balik. Ala, konsep biasa dalam proses memorising. =)

Ko hntar baju kat mak ko? Sian la kat mak ko, buddy!

Anonymous said...

Naz, sekadar berkongsi...dulu masa study, ustazah saya pernah cakap "man has power to choose - budak2 laki sume pakat suka.. tapi kemudian, ustazah sambung pula "but woman has power to reject" - ouch... mana lagi best yek? hehe.. fikir-fikirkan... (JR)

Naz said...

JR: Pompuan ade power to reject yek? Tapi kalau zaman sekarang ni power to choose bukan lagi jadi hak mutlak kaum lelaki jadi maknanya lelaki pun ada kuasa untuk mereject jugak lah.. Hahaha... Fairlah! Takdelah asyik lelaki je yg kena reject. Kasik pompuan plak rasa kena reject.. ;)

Anonymous said...

(JR's comments)
owh...
it is because.... you had rejected someone before, right Naz?
opssss....

well...
for me, i still feel that guy should make the 1st move.

if people may say "Saidatina Khadijah dulu pergi meminang Rasulullah s.a.w"
i'll say "i'm not as good as she. xlayak pun. kerdil sangat rasanya jika ingin mengikut jejak langkah itu"

wallahulam

Naz said...

JR: Saya mereject? Kena reject adalah... =)