Tulisan saya pada kali ini adalah hasil daripada perbincangan saya dengan seorang rakan di Florida, Pali di ruangan komen bagi tulisan saya sebelum ini yang bertajuk Witch Riding. Komen-komen Pali yang bernas telah memberi saya inspirasi untuk menulis mengenai perkara ini. Saya rasa elok juga sekiranya saya menulis mengenai perbincangan tersebut dengan lebih jelas di sini supaya masing-masing dapat berkongsi ilmu, meluaskan pandangan dan mendalamkan pemahaman. Bagi diri saya sendiri yang amat daif dan serba kekurangan dalam apa jua ilmu dan pengetahuan yang dimiliki Yang Maha Esa ini, tulisan ini diharap dapat menjadi platform bagi percambahan minda dan pemantapan rohani.
Rakan saya, Pali menyatakan dalam komennya bahawa pada zaman ini, kita tidak harus terlalu bersifat saintifik sehingga penjelasan Al-Quran dan Hadis menjadi rujukan kedua, terutamanya dalam mencari persoalan bagi pelbagai misteri di dalam dunia ini. Witch riding adalah salah satu daripada misteri tersebut sudah semestinya! Pali juga telah memberikan contoh mengenai penjelasan mengenai kejadian hujan. Kata Pali, menurut pandangan sains, awan terbentuk daripada proses kondensasi yang kemudian apabila ia sarat dengan air, awan akan berubah menjadi hitam lalu bergerak ke kawasan yang panas. Kemudiannya hujan yang lebat akan turun membasahi Bumi. Bunyi guruh pula adalah disebabkan oleh pergeseran molekul-molekul air yang sarat itu. Kemudian berlakunya kilat yang sambar menyambar apabila cas-cas elektron yang ada di antara langit dan bumi menarik antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, kata Pali lagi, pandangan agama mengenai kejadian hujan pula adalah seperti yang digambarkan oleh Rasulullah SAW apabila ditanya oleh segolongan umat Yahudi yang mahu menguji Rasulullah SAW berkenaan perihal guruh dan kilat. Rasulullah SAW menjawab kepada golongan Yahudi tersebut bahawa guruh itu adalah suara malaikat yang menghalau awan-awan tersebut dan pada malaikat-malaikat tersebut terdapatnya tongkat dan dari tongkat itu keluarlah percikan api yakni kilat apabila dipukul oleh awan-awan tersebut.
Apa yang ingin Pali sampaikan di sini ialah kita yang hidup pada zaman serba moden dan canggih ini sememangnya boleh dikatakan bergantung sepenuhnya kepada penjelasan dan penemuan saintifik sehingga kadang kala lupa untuk melihat kembali kepada penerangan dan cerita daripada sumber yang paling utama iaitu Al-Quran dan Hadis. Kita harus sedar bahawa pelbagai teori saintifik yang telah dan sedang dikemukakan oleh para saintis sebahagiannya adalah amat bercanggah dengan ajaran Islam. Teori Revolusi Darwin misalnya sudah cukup untuk memberitahu kita bahawa dalam mencari kebenaran dan jawapan kepada apa jua persoalan di dalam dunia ini perlulah diseiringkan dengan sumber ilmu yang ulung iaitu Al-Quran supaya akidah tidak terpesong dan kebenaran serta jawapan akan dapat ditunjukkan.
Saya percaya bahawa Islam dan saintifik itu tidak pernah bercanggah antara satu sama lain. Malahan, dalam mencari jawapan kepada persoalan-persoalan saintifik yang penuh sukar itu adalah perlu untuk merujuk kepada Al-Quran yang menjadi sumber ilmu dan pengetahuan umat manusia yang paling ulung. Setiap kemusykilan dan kesangsian itu (sama ada saintifik atau tidak), Al-Quran pasti ada jawapannya. Sebagai contoh adalah mengenai penciptaan alam semesta. Saintis menjelaskan bahawa alam semesta terbentuk melalui fenomena Big Bang kira-kira 14 billion tahun yang lalu. Namun begitu apa yang masih menjadi persoalan kepada saintis hari ini ialah bagaimana benda-benda bukan hidup dan tidak bernyawa (inanimate) daripada unsur-unsur seperti hidrogen dan nitrogen sejak berbiliion tahun yang lalu boleh membentuk alam semesta dan seterusnya benda-benda hidup serta kehidupan secara keseluruhannya.
Ini kerana, para saintis percaya bahawa semua benda hidup tidak boleh berasal daripada benda bukan hidup atau tidak bernyawa. Saya pasti anda pernah mendengar nama Loius Pasteur, seorang Ahli Mikrobiologi kurun ke-19 yang telah menghasilkan salah satu teori sains hayat yang paling terkenal iaitu germ theory of disease. Eksperimen klasik Pasteur telah membuktikan bahawa benda hidup tidak boleh terbentuk sama sekali daripada benda-benda tidak bernyawa. Maka dengan itu, dengan berpegang kepada teori Pasteur, saintis memutuskan bahawa adalah mustahil untuk membentuk kehidupan dengan hanya unsur-unsur bukan hidup seperti hidrogen.
Namun begitu, Al-Quran menjelaskan bahawa daripada unsur-unsur tidak bernyawa itulah yang telah membentuk kehidupan. Kembali kita kepada contoh pembentukan alam semesta. Bumi semasa peringkat awal penciptaannya telah dibuktikan melalui kajian saintifik bahawa ia adalah steril dan tidak produktif. Hanya terdapat unsur-unsur seperti karbon, hidrogen, nitrogen, besi dan sebagainya di Bumi pada ketika itu. Jika kita melihat kembali kepada prinsip kehidupan yang dicetuskan oleh Pasteur, seoalah-olah adalah mustahil untuk mengatakan bahawa kehidupan yang penuh diversiti pada hari ini adalah terbentuk daripada unsur-unsur tidak bernyawa yang ada di atas Bumi ini suatu masa dahulu.
Secara tidak langsung ini menunjukkan bahawa sains sebenarnya tidak boleh menjelaskan atau memberi jawapan yang mutakhir berhubung perkara ini. Ini adalah kerana sains menolak sama sekali pertimbangan tidak logik dan yang tidak mempunyai bukti empirikal. Mana mungkin sains dapat membuktikan bahawa benda bukan hidup dapat dicipta daripada unsur-unsur tidak bernyawa seperti yang telah dibuktikan oleh Pasteur dalam eksperimennya. Namun begitu, jika sains itu dikolobrasikan dengan agama (Islam), pasti segala persoalan akan terjawab. Al-Quran dengan jelas telah menerangkan bahawa transformasi unsur-unsur tidak bernyawa kepada benda hidup sebenarnya adalah salah satu daripada petunjuk kebesaran Allah:
".....bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan. Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan kami pancarkan padanya beberapa matair, Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur? "
Jawapan kepada misteri bermulanya kehidupan sebenarnya sudah tertulis dengan jelas di dalam Al-Quran! Bukankah menjadi lebih mudah mencari kebenaran dan jawapan apabila kita berpaksi kepada sumber ilmu yang terulung?
Wallahualam....

[Yassin:33-35]

18 comments:
teori darwin hanya boleh diaplikasikan kepada pengejar masa sahaja...
nyehehehh
Phoebus Athenos: Ko mmg suka cari gaduh ngan Pengejar Masa ek?? Tak pun korang ni mmg suka bergurau2 manja? Hehe... :p
aku rasa saintis saintis pun ceduk kandungan al-quran.
contoh terbaik, kejadian manusia dari setitik air mani. terbukti sangatkan?
eh phoebus athenos. kau agak popular juga ye, sampai ke washington aku mendengar cerita pasal kau. hahahahaha
salams naz, wah, tetiba menjadi entry baru. keke
walaupun jasad aku disini, tapi ilmunya di Malaysia. Kat penang kuliah Ustaz Shamsuri Haji Ahmad yang terkenal dengan kitab Bahrul Mazi di negeri2 utara.
Aku pun bukan selalu pergi ke masjid mendengar ceramah, tapi internet kan ada? google aja di youtube, google videos @ mana2 aja.
- thumb's up! (sambil menuju kelubang hidung) kekeke.
jay jamil: Hmm.. itulah pasal!
marmalade: wow... begitu fames sekali phoebus athenos ni yek.. sampai ke washington ada cerita pasal dia? mantap!! =)
pali: Ko mmg jauh lebih terer dalam ilmu2 agama ni... mmg aku rspect giler kat ko la, bro!
kenapa tiba-tiba Phoebus Athenos glamer di Washington?
kena cekup dengan Secret Service or hampir nak masuk Kem tahanan Guantanamo?
ces, jadi ruang gossip plak...
Penceritaan dan penjelasan dalam Al-Quran juga sangat teratur dan konsisten berbanding dengan kitab2 daripada agama lain. Saya tertarik dengan contoh penciptaan alam semesta itu. Dalam kitab Genesis (Old Testament) juga ada menceritakan mengenai penciptaan alam semesta tetapi ia sangat mengelirukan kerana timeline penceritaan2 tentang penciptaan tersebut kontradiksi antara satu sama lain. Itulah antara kelemahan yang jelas dalam kitab2 selain daripada Al-Quran yang ulung..
al-quran akan terpelihara sehingga hari kiamat..insyaAllah..
Naz, ilmu agama terer tak semestinya iman dan taqwanya terer.
Iman itu naik dan turun. berpesan2la kita dengan kesabaran dan kebenaran.
aku pun belajar banyak dari kamu.
\(^;^)/
jay jamil: ko faham2 jelah, Phoebus Athenos kan mmg berpuaka, kat mana2 pun mmg ada aura puaka dia tu
HambaNya: Terima kasih atas komen anda. Ya, saya juga pernah terbaca perihal kecelaruan dalam penceritaan mengenai penciptaan alam kehidupan yang tertulis dalam Genesis. Sebab itulah kita sebagai orang Islam kena bersyukur kerana dikurniakan dengan kitab Al-Quran yang tiada tandingannya untuk dijadikan panduan hidup dan sumber ilmu dan pengetahuan yang tidak berpenghujung
skydancer: InsyaAllah....
pali: Itulah semangat persaudaraan yang amat dituntut agama, ye tak? Saling berkongsi ilmu dan pengetahuan agar masing-masing dapat menyedari kesilapan, kelemahan dan kekhilafan sendiri...
kenapa la si phoebus athenos ni asyik nak kondem aku jer?
aku syak dia ialah darwin...
Louis Pasteur was genius, wasn't he? His germ theory of disease saves many lives and become one of the most important breakthroughs in medicine history. His experiment which proved that microbes come from cells of organisms on dust particles in the air, not the air itself (which decay the broth in the flask) is kinda genius too. I know that Pasteur's experiment still couldn't give answers to the questions of how life begins (luckily we have Al-Quran to tell us), but his discoveries are really fascinating, aren't they?
Whoaaa!~ aku pernah sekali mengalami keadaan ni.. yang peliknye, mase kene 'tindih' tu aku dah cube jerit mintak tlg kat kawan sebelah katil aku, but no response eventhough he is reading a novel by that momment!. if really sleep paralysis, how come?
Allah Maha Mengetahui.
bagus naz n pali, kupasan yang menarik.
dulu semasa di kampus, nak mendalami ilmu antropologi n sosiologi banyak teori dan pemikiran darwin, marx, spencer dan beberapa lagi yang sarat digunapakai..tapi pensyarah tetap nasihat bahawa jangan terlalu taksub.
PM - aku setuju ngan lu beb, phoebus athenos adalah jelmaan darwin, cuma jambangnya telah dicukur..kehkeh
I thought the purpose of this entry is talk about witch riding from the perspective of science and religion but,no?
+nzard+
Panglima Hilmi: Yep. setuju dengan ko. Dua tiga hari lepas aku tengok dokumentari kat National Geographic Channel pasal penciptaan planet Bumi. Para saintis telah mengeluarkan teori mengenai kewujudan air di planet bumi. Menurut teori tersebut, air di bumi berasal daripada asteroid2 yang menghentam bumi berbiliion tahun yang lalu secara ekstensif. Asteroid2 tersebut mengandungi air dalam bentuk ais yang kemudian dipindahkan ke bumi melalui hentaman tersebut. Proses hentaman tersebut memakan masa berbillion tahun bagi membolehkan kandungan air seperti yang ada di bumi pada hari ini dapat dipindahkan daripada asteroid tersebut. Tapi dalam Al-Quran telah jelas menyatakan bahawa Allah mengeluarkan air daripada Bumi yang mati (gersang) itu sendiri. Kita mmg perlu melakukan penerokaan dan penyelidikan bagi mencari jawapan kepada persoalan2 yang membelenggu kita tapi macam yang ko cakaplah, jangan terlalu taksub dengan teori2 sanitifik yang kadang kala amat bercanggah sekali ajaran agama. Wallahualam..
Nzard: Hmm... nak bincangkan pasal ape pun takpe. No hal punya! =)
Post a Comment