Wednesday, April 15, 2009

Witch Riding

Saya melawat ke blog Quntum sebentar tadi. Artikel terbaru yang ditulisnya sangat menarik. Mengenai pendinding. Quntum juga sebenarnya seperti saya, percaya kepada perkara-perkara misteri dan aktiviti paranormal. Mahu atau tidak kita harus percaya bahawa bumi ini bukan didiami oleh manusia semata-mata. Kewujudan 'mereka' sebenarnya adalah antara petunjuk kebesaran Yang Maha Esa.

Di sini saya cuma ingin berkongsi cerita mengenai fenomena yang biasa berlaku dalam masyarakat kita iaitu ditindih semasa tidur. Saya tertarik untuk bercerita mengenai perkara ini kerana saya sendiri pernah beberapa kali mengalami peristiwa ditindih ini. Saya percaya ramai di antara kalian yang juga pernah mengalaminya. Ada yang mengatakan bahawa fenomena ditindih semasa tidur adalah perbuatan makhlus halus. Namun begitu terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa ia adalah fenomena biasa yang berlaku dalam fisiologi dan psikologi manusia.

Di barat, fenomena ditindih semasa tidur dikenali sebagai sleep paralysis atau lebih popular dengan istilah witch riding. Menurut kajian di Amerika Syarikat, sleep paralysis ini anehnya lebih cenderung terjadi kepada golongan African-American dan Asia berbanding Caucasian. Faktor budaya dikatakan sedikit sebanyak mempengaruhi terjadinya sleep paralysis.

Secara ringkasnya, kita mesti memahami bahawa manusia terdiri daripada tiga elemen utama iaitu jasad, roh/jiwa dan minda. Sleep paralysis sering berlaku semasa kita hendak tidur atau bangun daripada tidur. Untuk membolehkan kita tidur, ketiga-tiga elemen yang sedang berada dalam keadaan jaga (awake state) perlu memasuki ke keadaan tidur (sleeping state atau REM iaitu Rapid Eyes Movement state). Zon peralihan di antara waktu jaga dan waktu REM tersebut adalah merupakan satu keadaan yang dikenali sebagai perantara. Di perantara inilah berlakunya sleep paralysis. Pada ketika ini, berlakunya satu mekanisme yang mengarahkan otak memutuskan hubungan dengan seluruh anggota badan. Di sinilah merupakan titik terpenting yang menyebabkan kita yang sedang berada dalam keadaan separuh sedar berasa lumpuh, tidak boleh bergerak dan berasa seolah-olah ditindih kerana otak sudah tidak lagi berhubung dengan anggota badan tetapi minda kita masih lagi berhubung dengan otak sama ada secara penuh atau pun separa penuh. Dalam keadaan biasa, otak memutuskan hubungan dengan anggota badan dan minda kita secara serentak untuk memasuki ke keadaan tidur. Sleep paralysis yang berlaku semasa kita bangun daripada tidur juga mengaplikasikan teori yang sama.

Saya sendiri pernah beberapa kali mengalami fenomena ini. Memang sukar untuk memutuskan sama ada ia adalah merupakan satu fenomena biasa dalam fisiologi dan psikologi manusia atau pun disebabkan oleh makhluk halus. Saya sendiri tidak pasti kerana dua kejadian yang pernah berlaku ini membuatkan saya terus tertanya-tanya. Pertama, saya pernah mengalami sleep paralysis semasa bulan puasa. Pada mulanya saya fikir ia memang satu fenomena biasa dalam badan manusia kerana berpendapat tiada jin yang akan mengganggu umat manusia di bulan Ramadahan. Tetapi tak tahulah pula kalau-kalau jin-jin Islam yang masih bebas semasa bulan puasa tersebut masih mengganggu manusia. Maklum sahajalah sebaik-sebaik jin adalah sejahat-jahat manusia! Namun begitu kejadian kedua yang berlaku sedikit sebanyak membuat saya terfikir mengenai misteri fenomena sleep paralysis ini. Ia berlaku semasa di kolej matrikulasi di mana saya mengalami sleep paralysis berulang kali (4-5 kali) pada satu malam. Setiap kali saya ingin melelapkan mata sahaja (dengan bacaan pelbagai doa dan surah), saya ditindih hingga membuatkan saya langsung tidak dapat tidur dan sangat kepenatan. Disebabkan terlalu penat, saya kemudiannya terus mengambil surah yassin dan meletakkannya di atas bantal di tepi kepala. Alhamdulillah, saya terus tidur lena dan tidak lagi ditindih!

Jadi bagi saya sleep paralysis adalah satu fenomena yang masih lagi perlu dikaji dengan lebih ekstensif supaya diri tidak dibiarkan terus diselubungi.......misteri!

37 comments:

puwakah said...

ko dulu masa DPA kena tindih dgn hadi...huahauhauhau jin aprit tuh!

Pengejar Masa said...

deham puwakah! ko yg selalu tindih menindih ni nak menuduh aku plak. cis!


Anyway, aku ada gak kena fenomena ni. Tapi ntah, aku pun agak skeptikal.

papaya said...

Ditindih oleh Mr.Joe ok gak..
*Yaya gatal giler
hahahaha

Aku selalu kena tindih especially masa tengah stress.. Bermimpi yang hantu2 tapi takleh gerak.. Tak suke..

Pengejar Masa said...

Yaya kena tindih dgn Mr Joe? hmm...

mungkin aku bole guna photoshop

Naz said...

Puwakah: Ko dan hadi saling tindih menindih ke masa DPA dulu? Ewww!

Pengejar Masa: Ko pun ada kena gak yek? Ko rasa camne? Aku masa mula2 kena dulu cam rasa panik dan rasa cam berhalusinasi

Papaya: Wah wah wah... sabor ye Yaya, tinggal bbrp bulan je lagi sebelum korang berdua boleh saling tindih menindih! Pengejar Masa, good idea tu!

Nuisanc3 said...

Thanx Naz! Very informative and quite complete.

Aku biasa dgr term sleep paralysis tapi term witch riding ni first time aku dgr, and aku tertarik la. ko tau ke napa dorang gune 'witch riding'?

and, ko rasa ada beza ke fenomena:

1) tak boleh bergerak satu badan, kaku.. cume mata je yang boleh gerak, tapi tak sakit la.. and boleh bernafas..

2) mmg bebetul rasa kene tindih oleh somthing yg berat, dan sakit.. sampai ada kesukaran bernafas..

aku rasa yg no.1 tu aku penah kene, and aku selalu kaitkan dengan fenomena witch riding tu la..

yg no.2 so far, memang tak pernah la.

Nuisanc3 said...

oh ye hadi, silalah mula bekerja dengan photoshop itu... haha

Naz said...

Nuisance: Term witch riding tu sebenarnya berasal drpada Afrika kalau x silap aku. Term tu mungkin berasal daripada kepercayaan masyarakat Afrika.

Aku berasa sangat teruja ngan soalan ko. U r very right. Yang nombor 1 tu memang selalu terjadi dan yang itulah terjadi kepada aku dan most of us. Tapi nombor 2 aku x pernah hadapi, x pernah rasa sakit atau sukar nak bernafas semasa fenomena sleep paralysis tu. Tapi, abang aku pernah cakap dia ada nampak lembaga yang tindih dia masa berlakunya sleep paralysis dan dia susah nak bernafas. Walau bagaimanapun, banyak pihak yang cakap "benda2" yang kita nampak tu sebenarnya adalah halusinasi dan berlaku hasil daripada minda kita yang separuh sedar. Tak tahulah yang sebnrnya macam mana...

Meh kita tanya kat pembaca2 lain pengalaman diorang kena 'tindih'@sleep paralysis@witch riding ni. Korang kena yang nombor 1 ke atau nombor 2? (merujuk kepada soalan Nuisanc3 di atas)

Nuisanc3 said...

bukan ape.. aku tanye witch riding tu sebab aku rasa tetiba je ada kaitan dgn 'creature' yang bernama Incubus, yang memang hobinya menindih orang.. bak kata Poksu aku. Hehe. Rupe dia tu mungkin macam witch tgh naik penyapu.. hehehe.. tah tak tau... main ckp je.. tu yg cam tertarik, there must be something that led them to come out with such term.

pape pon.. aku sedikit excited, sebab aku tau aku ada kawan leh diskas2 bab2 paranormal ni...

thx! :)

Naz said...

Nuisanc3: Hehe... itulah, mmg bagus ada partner yang boleh cerita pasal benda camnih. Bila ko cakap pasal Poksu ko bagitau yg ada banyak 'makhluk' tu kat rumah, aku x tekejut sebab benda ni pernah berlaku kat aku jugak. Bila orang2 yg 'gifted' cakap macam tu susah untuk kita nafikannya lagi.

Dulu, masa beljar subjek Abnormal Psychology lecterur aku dedikasikan satu minggu kuliah utk topik paranormal dalam budaya melayu. Kitorang belajar pasal saka, jin, bomoh, jampi serapah dan macam2 lagi. Dia siap jemput penceramah dari luar lagi. Best giler!!

pembaca blog said...

Informatif gak pasal witch riding nie..baru pakcik tahu. Sebelum nie pakcik pikir tindih-menindih nie, kalo tak keje manusia mesti keje hantu ngan jin. Err.. ape kata lepas nie hang cari sumber pasal meroyan plak ..kes meroyan pun tengah hot baru2 nie..hu..hu..

Naz said...

pembaca blog: Hmm... meroyan mmg merupakan salah satu fenomena abnormal dlm msyarakat Melayu. Masa bljar Abnormal Psycho dulu masa2 awal2 lagi mmg dah disebutkan takrifan abnormal tu adalah restricted kepada budaya dan amalan masyarakat setempat. Bagi kita sesuatu itu abnormal atau taboo tapi bagi orang lain tidak dan begitulah sebaliknya.

Meroyan ni tak silap aku ada sedikit persamaan dengan amuk. Kalau amuk, ia dah diterima oleh ahli psikologi sebagai abnormal yang bersifat sejagat. Malah ia memang dah disenaraikan dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM- Sekarang ini dah masuk versi ke V. DSM-IV khabarnya tengah buat). Amuk ni termasuklah dalam dissociative trance disorder - disorder yang mana kita x sedar apa yang kita buat. Selain amuk, disorder lain dalam kategori ini adalah seperti amnesia (hilang ingatan) dan beberapa lagilah, aku pun tak ingat (tapi aku bukannya amnesia!).

Banyak kajian yang dibuat mengenai dissociative trance disorder ini, antara perkaitannya dengan demon possession. Walaupun saintis, doktor dan ahli psikologi dapat membuktikan defect dalam fisiologi dan psikologi manusia adalah punca kepada disorder ini tetapi kita masih tak boleh nak tolak kemungkinan punca oleh alam misteri ini. Kita pun biasa dengar orang kena rasuk kan? Itulah contoh trance disorder. Cuba tanya orang yang dah sembuh dari kena rasuk tu, dia ingat tak apa2 masa 'benda' tu ada dalam badan dia? Langsung satu ape pun dia x ingat.

MISTERI bukan?

marmalade said...

hahahahaha komen yaya sgt musykil dan hadi, we are soooo the same wavelength! hahahahahahahahah

saya tidak penah lagi merasakan fenomena ini. and it's not like i want to. it sounds scary. but informative la your entry =) excellent.

pembaca blog said...

emm..thankz that kinda information..aku pernah dengar member aku kata orang yang melatah hanya berada didunia melayu.. betul ke? ke melayu nie ade genetik melatah. Itu ke yang hang masukkan takrifan abnormal tu adalah restricted kepada budaya dan amalan masyarakat setempat?

Naz said...

marmalade: thank u. awak x pernah kena tindih yek? ini sudah bagus! ni mesti sebab awak amalkan makan2 banyak2 sebelum tido kot, bukan je bleh kuruskan badan tapi juga boleh mengelakkan drpd ditindih. Hebat!! Hehe!

pembaca blog: Melatah memang sinonim dalam alam melayu. Tapi saya percaya melatah juga ada di negara2 lain. Yep, begitulah maksud abnormal yang terikat kepada masyarakat setempat. Kita tak boleh sewenang-wenangnya cakap sesuatu itu abnormal sedangkan bagi masyarakat lain ia adalah perfectly normal. Macam melatahlah. Bagi kita ia perkara biasa tapi bagi orang di Eropah misalnya mungkin anggap ia pelik tapi mereka x boleh label melatah sebagai abnormal sebab ia serasi dangan masyarakat kita. Bagi mereka ia adalah pelik, tapi bagi kita ia adalah biasa. Sebab tu adanya DSM (rujuk komen sebelum ini) di mana semua kecelaruan dapat dianalisis dan dibukukan supaya ia ada nilai sejagat. Tapi again kita harus faham bahawa tidak semua yang disenaraikan dalam DSM itu tidak boleh diterima dan yang tidak disenaraikan itu boleh diterima. Misalnya homoseksualiti! Sebelum ini ia disenaraikan sebagai abnormal dan dimasukkan dalam DSM versi ke-3. Tapi apabila DSM direview semula, homoseksualiti dikeluarkan dan ia tidak lagi dianggap abnormal. Kita kena faham bahawa kebanyakan ahli psikologi yang bekerja untuk mewujudkan DSM adalah daripada Barat dan mereka berkemungkinan adalah bersifat lebih liberal. Jadi sebab itu homoseksualiti kini tiada lagi dalam DSM versi ke-4 (yang terkini). Masyarakat dunia yang berpegang kpd DSM-V mungkin kini menganggap homoseksualiti adalah normal tetapi bagi kita masyarakat Melayu+Islam ia masih lagi dianggap abnormal, kecelaruan dan taboo. Again, ia sangat bersifat setempat...

:)

jay jamil said...

tindih? menarik tu.

pernah tidur, lepas tu rasa kita keluar dari tubuh dan boleh duduk di tepi badan sendiri tengok diri sendiri dan orang sebelah tidur macam mana.

nak kata mimpi tak gak.

fenomena apa tu ek?

Naz said...

jay jamil: Wahaha! Itu mmg seram. Orang kata masa kita tido roh keluar dari jasad. Wallahualam...

Pingu Toha said...

jay, tu namanya out-of-body experience, agak paranormal.

ku selalu gak mngalami pertindihan suatu ketika dulu, jenis 2 yg tabley bgerak, sukar bnafas n sakit dada. mmg azab! selalunya, tgh2 tido tu terjaga ttiba je... lpas baca2 n mohon pelindungan ALLAH, br lega.

ALHAMDULILLAH, skrg dah tade dah...

Pingu Toha said...

out-of-body experience (OBE) juga dipanggil omputih projected self experience or astral projection. lbih kpd kebolehan psikik tu... tp ntah la.

pali said...

aku kat sini pun masih mengalami pertindihan diri ini. Selalunya pada waktu pagi ( nak berkejar ke kelas, paksa diri bangun, rasa macam dah bangun, tapi tup2 masih tidur rupanya)haha.

ps: depa (hantu tindih) dah pandai naik kapal terbang @ bleh download kat internet...

Naz said...

Pingu Toha: Thanks bro for the explanation. Mmg seram ar OBE tu!!!

Pali: Aku pun slalu kena camtu gak, rasa macam dah bangun tadi sebenarnya belum lagi.. Haha... Hantu tindih naik kapal terbang? Interesting!

jay jamil said...

wah, terer ar korang bab bab ni.

thanks pingu toha. good explanation.

Anonymous said...

1. terjadi waktu tengah tidur.
2. rasa macam badan ditindih oleh sesuatu.
2. badan tak dapat bergerak.
3. hujung kaki sebelah kanan rasa bagai disentuh-sentuh oleh sesuatu.
4. ingin bersuara melaungkan 'Allahhuakbar, namun suara tersekat di halkum..tak dapat bersuara.
5. selepas beberapa kali percubaan..baru berjaya menggerakkan badan dan bersuara.
6. bila bangun..dilihat tiada individu/objek dikesan yang dirasakan mengganggu sebelum ini.

Anonymous said...

1. terjadi waktu tengah tidur.
2. rasa macam badan ditindih oleh sesuatu.
2. badan tak dapat bergerak.
3. hujung kaki sebelah kanan rasa bagai disentuh-sentuh oleh sesuatu.
4. ingin bersuara melaungkan 'Allahhuakbar, namun suara tersekat di halkum..tak dapat bersuara.
5. selepas beberapa kali percubaan..baru berjaya menggerakkan badan dan bersuara.
6. bila bangun..dilihat tiada individu/objek dikesan yang dirasakan mengganggu sebelum ini.

Naz said...

jay jamil: kitorang memang terer bab2 mistik ni! hehe!

Anonymous: Ye, gambaran anda itu memang hampir sama dengan apa yang pernah saya alami. selain daripada apa yang anda katakan itu, saya juga berasa agak kepenatan.

ShahRiLL RaMLi said...

This is a smart entry. It's good you highlighted this one. So far, Alhmadulillah, I've never actually experience that but I'm not sure whether kejadian kat USM masa third yar first sem (kan aku dok sorang sbb Najib kena tendang kan? Before my new roomate masuk second sem)..masa tu sbb terlampau penat rasanya habiskan laporan amali subjek prof DR Ico tu..i forgot the name subjek already n nak periksa plak kot. kepala tensen n letih, aku terus tidur. pastu masa nak bangun tu, i semi-consciously nak gerakkan posisi my leher tapi tak leh. Bukannya mata terbuka or what tapi secara dalamnnya i realize that. Only after I pulled myself n buyi jam loceng baru my nerves seemed to response n leh gerak...tu je la one of my experience...

anyway sorry lama x jengah. been super busy these days...

Naz said...

shahrill: thanks, bro. Takpe. No hal punya. Aku tau ko mmg bz giler skrg. Belajaq rajin2 naa...

pali said...

salams naz. dari kajian yang depa dok kata tu, penyebab utama adalah posisi tudur kan> yang tidur terlentang, menirap tak elok.

Ada banyak sebab kenapa Nabi tidur mengiring. Kalau mengiring kekiri ibarat tidur raja, sebab nak mencerna makanan dalam perutnya? Nabi tidur mengiring belah kanan dan mengadap kiblat.

Oh, Tunjuk ajarku Nabi!

ps: teringan ustaz Elias & Dr Daniel kata, di zaman ini, janganlah kita terlalu saintifik sehingga penjelasan Al QUran dan hadith menjadi no 2 untuk dilihat.

just my two cents.

:P Sekali lagi, extremly nice articel! ganbatayoo~

Naz said...

Pali: Islam dan saintifik itu tidak pernah bercanggah antara satu sama lain. Malahan, dalam mencari jawapan kepada persoalan2 saintifik yang penuh sukar itu adalah perlu merujuk kepada Al-Quran yang menjadi sumber ilmu dan pengetahuan umat manusia. Sebagai bukti, di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang memberikan jawapan kepada manusia mengenai proses penciptaan alam ini. Di sini disertakan sedutan dalam buku Inquiries About Islam oleh Imam Mohamad Jawad Chirri:

Wilson: The celestial bodies, the stars, and the planets now are being counted by billions and hundreds of billions. The size of each is tremendous and, sometimes, beyond our imagination. To form such countless bodies, it would take amounts of materials beyond our ability to calculate. Do we have any statements in the Qur'an on the kind of material out of which these bodies were built?

Chirri: The Holy Qur'an states that the material out of which these bodies were built was a kind of gas. This is in accordance with the modern theory which says that the celestial bodies were built out of hydrogen gas. From the Holy Qur'an:

"Then He directed Himself to the heaven, and it was a vapor, so He said to it and to the earth: 'Come both of you, willingly or unwillingly.' They both said: 'We come willingly.' " 41:11

Wilson: Does the Holy Qur'an contain any statement about the first material thing that was created?

Chirri: The quoted verse indicates that the vapor or what constitutes the vapor of molecules and atoms was the first material thing which existed in this world.

Wilson: Of what material did the Almighty create life?

Chirri. The Holy Qur'an declares that God has created all living beings out of water:

"Do not the unbelievers see that the heavens and the Earth were closed up, so We split them, and We made from water everything living? Will they not then believe?" 21:30

"And God has created every walking life out of water, of them that which crawls upon its belly, and of them is that which walks upon two feet, and of them that which walks upon four. God creates what He pleases. Surely God is Possessor of power over all things." 24:45

Ini adalah sebahagian sahaja. Terdapat banyak lagi jawapan-jawapan kepada persoalan saintifik yang terkandung dalam Al-Quran.. Allahuakbar!!

pali said...

benar kamu Naz.:D

pali said...

Aku rasa apa yang dimaksudkan, jangan kita terlalu saintifik sehingga kita menjadikan pandangan agama sebagai pandangan kedua, ini merujuk kepada beberapa kes.

sebagai contoh:

pandangan sains:

awan terbentuk dari proses kondensasi, kemudian apa bila sudah berkumpul @ sarat dengan air, maka jadi hitam la awan itu.. bergerak ke kawasan yang panas. hujan lebat akan turun. Bunyi guruh disebabkan oleh pergeseran molekul2 air yang sarat itu. Kilat yang sambar menyambar adalah kerana cas2 elektron yang ada diantara langit dan bumi menarik satu sama lain ( u pun tak reti nak susun ayat bagi cantik bagaimana. hehe)

pandangan agama:

diantara soalan yang ditujukan oleh Yahudi semasa menemui RSAW, sebab mereka konon2 nak test Nabi, mereka bertanyakan kepada baginda berkenaan perihal guruh dah kilat

Nabi jawab; guruh itu adalah suara malaikat menghalau awan2 tersebut.. dan pada mereka ada tongkat dan dari tongkat itu keluarlah percikan api (kilat) yang terkeluar apabila dipukul awan itu.

ini kalau orang yang terlalu saintifik mungkin rasa macam HUH? Ini jawapan agama. Yahudi tersebut kata betul, sebab dalam kitab depa pun sebut benda yang sama.

ps: ya Naz, perbincangan beginilah yang aku mahu~ aku tak ingat kitab apa yang dirujuk. Kalau ada sapa2 tau bleh la tambah.

kangen.exe sama kamu~ :D

pali said...

( u pun tak reti nak susun ayat bagi cantik bagaimana. hehe)

sebenarnya

( Tu pun tak reti nak susun ayat bagi cantik bagaimana. hehe) merujuk kepada ayat aku..

Sorry naz, typo error. nampak macam aku ni sangat lazer..

ps: pencarian jejaka Fahmi di FB dilakukan oleh kak mira. :P

Naz said...

Pali: It's okay. Aku tau ko typo error... Aku ade tulis artikel bertajuk Mencari Kebenaran dan Jawapan. Kita bincang ngan lebih lanjut kat sana k! =)

ShahRiLL RaMLi said...

Fahmi? fahmi kawan shai dok kutuk kita masa first year dulu ke? shai kan suka dok gosip2x...mcm gitiew je..ahaks!~ YUCKS!

(entry berbaur revenge ni)

Naz said...

Shahrill: Ye, Fahmi kawan Shai itulah. Yang belajar medic di Russia tu. :)

nzard said...

aku rasa aku penah jd 'pertindihan' no.1. I think there's pain involved but not at my chest. Tak ingat sgt which part of my body yg sakit tu sbb dh lama tak jadi. Tp what I remembered, I manage to force myself to snap out of it eventually by zikir.I kinda train my mind to overcome my fear (hantu/darkness) during sleep using zikir. So if some people normally panicked and freezed out durng this situation, I managed to overcome it eventually. But, then again, maybe my witch-riding tak brapa hardcore kot?
witch-riding sounds like a very cool verb plak...lol!
ps:I appologize for my mix use of BM and English. I hope not to the extend of nauseating the readers of this blog.

Naz said...

Nzard: Terima kasih kerana berkongsi pengalaman mengenai sleep paralysis yang anda sendiri pernah alami tersebut. Nampaknya setiap orang mengalami sleep paralysis yang sedikit berbeza antara satu sama lain. Mungkin banyak lagi faktor-faktor lain yang sebenarnya menyebabkan seseorang itu mengalami sleep paralysis dan seterusnya memnyebabkan setiap orang merasai sesuatu yang berbeza dengan apa yang dialami oleh orang lain.. Wallahualam...