Friday, June 19, 2009

Malu

Dua hari yang lalu saya ke sebuah pusat rawatan hemodialisis swasta di Cheras. Ada urusan yang perlu dilaksanakan di sana. Saya tidak pernah ke mana-mana pusat rawatan hemodialisis sebelum ini. Hanya pernah menonton di tv sahaja. Tidak pernah melihat sendiri bagaimana proses hemodialisis dilakukan. Tidak pernah melihat sendiri bagaimana peritnya mengalami kegagalan buah pinggang, antara organ terpenting yang dicipta Tuhan untuk manusia.

Namun begitu kelmarin saya telah melihat dan merasai semuanya sendiri. Apabila melangkah sahaja masuk ke dalam pusat hemodialisis tersebut dan melihat wajah-wajah mereka yang sedang menjalani rawatan hemodialisis membuat hati saya berasa sayu. Termanggu saya seketika melihat keadaan mereka. Hati saya bertambah runtun apabila mendengar bahawa mereka terpaksa melakukan hemodialisis sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Setiap sesi hemodialisis memakan masa sehingga empat jam. Betapa banyak masa yang terpaksa mereka habiskan di pusat rawatan tersebut. Saya lihat ada di antara mereka yang tidur, makan dan berbual semasa darah mereka bergerak melalui tiub-tiub yang berselirat memasuki mesin cucian darah. Ada juga yang hanya termenung sendirian dengan pandangan lesu dan tidak bermakna. Saya faham, hidup mereka pasti tidak lagi seindah dahulu. Tidak lagi dapat menghabiskan masa bersama keluarga tersayang. Tidak lagi dapat melihat keindahan dunia di luar sana. Tidak lagi dapat bergelak tawa bersama rakan di kedai kopi.

Namun mereka semua tetap tersenyum apabila saya datang menghampiri mereka. Juga sudi bercerita apabila ditanya. Tampak seperti kesulitan dan kesakitan itu tiada tapi saya tahu jauh di dalam sudut hati mereka tersimpan segala kisah duka dan sengsara. Saya tahu mereka bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan kesakitan tetapi juga dengan bebanan kewangan. Bayangkanlah, satu rawatan hemodialisis memerlukan kos sehingga RM150. Mujurlah Kerajaan memperuntukkan subsidi RM50. Dengan kos RM100 setiap rawatan, tiga kali seminggu memerlukan RM300. Sebulan, RM1200. Setahun, RM14,400. Astafirullah!! Betapa beratnya ujian dan dugaan yang terpaksa mereka semua lalui. Tapi mereka tetap tabah, kuat dan cekal menghadapi segala kesulitan dan beban yang terpaksa mereka pikul.

Hati saya tidak tertahan untuk menangis. Hiba. Pilu. Malu!! Malu kerana diri ini selalu sahaja merungut apabila menghadapi sedikit kesukaran. Apalah sangat dengan sakit demam, selesema dan migrain yang selalu saya hidapi ini jika dibandingkan dengan mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang. Apalah sangat tidak dapat keluar berlibur sehari dua kerana terbaring demam di rumah jika dibandingkan dengan 48 jam sebulan duduk di atas kerusi melihat darah sendiri dicuci oleh mesin!


"Tuhan yang menciptakan aku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku. Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum. Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku. Dan (Dialah) yang mematikanku, kemudian Ia menghidupkan aku. Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari Kiamat"

[Asy-Syu'araa':78-82]

12 comments:

Al Hadi said...

bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

"we dont know what we have until its gone"

pembaca blog said...

My aunty salah satunya yang selalu naik turun gi Hospital buat haemodilasis.. tapi dia dah meninggal dunia 6 month ago. Sedih sangat sbb aku yang selalu bawa dia gi hemodilasis kat Hospital masa aku jadi penganggur terhormat dulu. Masa tu, dia selalu nasihatkan aku : 'masa muda nie selalu lah jaga kesihatan kita dengan baik jangan dah berusia baru nak berpatang..' sedih bila teringatkan dia.. pe pun kita ramai2 la doakan mereka semoga tabah menjalani dugaan dan ujian tuhan ..

jay jamil said...

terus insaf aku...

Naz said...

Pengejar Masa: Yep, setuju 110%

pembaca blog: I really am sorry for your lost. Betul cakap arwah makcik ko tu, masa skrg nilah kita kena jg kesihatan baik2.... Ya, marilah kita sama2 doakan kesejahteraan mereka dan sesiapa sahaja yang kini sedang bertarung dan berjuang menghadapi ujianNya..

jay jamil: Samalah kita. Aku pun terus insaf bila lihat sendiri kesengsaraan dan kesulitan diorang.. Macam yang Pengejar Masa katakanlah, kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada..

pali said...

ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

doa2kan yang baik2 sahaja. Ameen. :)

Encik Moshuchi said...

ya, patut berasa malu dan insaf..

Naz said...

Pali: Ameen, Ya Rabbalalamin...

Panglima Hilmi: Moga kita diberikan kekuatan dan kesabaran untuk menghadapai dugaan dan ujian daripadaNya..

Khairul Amri Ishak said...

syukur syukur..
dgn nikmat kesihatan yg sedang ada..:)

papehal
ingatlah 5 perkara sblm tiba 5 perkara..

utk yg tak sihat
kite berdoa supaya
mereka sihat kembali..

sakit,sihat adalah ingatan Tuhan
pd mereka yg terlupa....

muzem said...

Impressed with this entry.

Naz said...

Ryo: Benar sekali!

Muzem: Thanks, cikgu!

cactaceous opuntia said...

rawatan je 14000 sebulan...xmsuk ubat2 lg kn...sy mmg tw 2...sbb ayah sy juge merasai kegagalan buah pinggang hampir 14tahun..alhamdulillah ayah sye keje ngn krajaan...jd bebanan perbelanjaan rawatan x begitu dirasai..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.