Wednesday, January 14, 2009

Boikot

Tengah hari tadi saya makan di Restoran JM Bariani House, Alamanda bersama dua orang rakan. Restoran ini terletak di sebelah Manhattan Fish Market. Pada mulanya susah juga hendak membuat pilihan tempat untuk makan tengah hari. Maklum sahajalah jalan depan, Amerika. Pusing belakang pun Amerika juga. Toleh kiri Amerika lagi. Tapi apabila toleh kanan ternampaklah JM Bariani House. Jadi, JM Bariani House jadi pilihan kami. Lagipun kami memang suka mencuba makan di tempat-tempat baru.

Saya makan Bariani Daging. Harganya RM10.40. Bersama sirap limau. RM2.00. Rakan-rakan saya kedua-duanya makan Bariani Ayam Goreng (RM9.90). Atas alasan menjaga kesihatan, mereka cuma pesan air suam sahaja. Tapi mungkin juga kerana harga minuman di situ memang agak kurang munasabah.

Apa yang saya ingin perkatakan di sini ialah kunjungan kami ke JM Bariani House sangat mengecewakan. Harganya mahal dan tidak sedap pula. Niat di hati mahu boikot restoran-restoran Amerika tapi restoran tempatan pula tidak memberikan yang terbaik. Kalau begini, bagaimana mahu boikot. Patutlah tadi saya tengok masih ramai orang kita yang beratur panjang membeli donut di Big Apple Donuts. Di McDonalds juga begitu!

11 comments:

Anonymous said...

saya mempunyai masalah yang sama ketika menuntut di london. kawan-kawan yang ekstremis begitu melarang kami untuk membeli-belah groceries di tesco, sedangkan tesco accessible dan murah jika dibandingkan dengan kedai runcit kipas (term untuk pakistanis - takkan nak panggil pak* yang sangat vulgar) yang mahal dan jauh. masa tuh, saya harus memilih untuk melihat dari consumer's point of view because saya tidak mempunyai source of income lagi. allowance yang diberi cukup-cukup sahaja.

tapi bagaimana ekonomi Islam itu boleh dimajukan jika orang Islam itu menindas sendiri saudaranya? saya yakin, kalau kita sendiri ada kedai kopi sesedap starbucks, fast food restaurant sekreatif mcdonalds, do you think we would buy their products? i think not. so i agree with you on this matter. we should be more of an opportunist. but good ones, not the unhealthy ones.

nzard said...

tak salah aku manhattan fish market tuh owned by malaysian, cuma nama je ke-amerika-an. kalo aku tak silap baca la......

Badrulhafiz Hj. Sulaiman said...

jihad itu satu pengorbanan..

kalau kedai tu xbest.. boikot skali dgn kedai2 tu gak.. hehe

Anonymous said...

makan kat teppanyaki Rasa...Niku Don weihhh syiokkk layannnnnnnnn!!!

Naz said...

Mala: Saya bersetuju dgn pendapat anda. Sudah tiba masanya kita fikirkan cara untuk menjadikan ekonomi Islam setanding (jika tidak lebih hebat) daripada 'mereka'

Nzard: Dh biasa sgt mkn kat MFM, jadi nak cuba sesuatu yg lain plak kan..

Bad: Nak boikot kedai local yg x best rasa mcm x patut plak. Mcm mana diorang nak berkembang kan? Sian plak..

Anon: Iye ke? Nnti leh aku try makan kat situ!

Anonymous said...

Aku makan kat Rasa n P16 je sekarang sambil memandang sinis orang yg mkn kat McD..hehehe

Tahun 2002-2006 aku pernah boikot produk Amerika, hanya makan bile terdesak or melepas gian yang kalau tak mkn leh jadi ala2 meroyan gitu..hehe..

Aku tak pernah beli coca-cola since year 2000, lepas aku dapat email yang tulisan coca-cola pada botol tu merujuk kepada "La Muhammad, La Mekah"= "Tiada Muhammad, Tiada Mekah"..

tapi 1 yg aku takleh buat is tgk wyg.. Oleh yg demikian, aku limit 1 -2wayang/bulan jer..huhuhu

Naz said...

Yaya: Ko mkn kt food court P16 yg depan sekolah P16 tu ye? Mkn kt situ pun bg aku not bad, banyak jugak pilihan kat situ. Kat Putrajaya ni sebenarnya banyak je tempat makan yg ok dan tidak Amerika-Zionis. Tmn Warisan Pertanian, Medan Selera Presint 8, Selera Putra, etc. Kat Presint 9 pun ada retrn Melayu yg best- Dapur Emas.

Anyway, kagum ngan keazaman Yaya memboikot. Jom weh ramai2 kita ikut macam Yaya

jay jamil said...

secara rasional, boikot itu adalah silent protest yang berkesan.

ratio populasi secara kasar- Bumi, Cina, India dll - 60-30-10 (based on my experience in market research job for interviewing consumers on their spending behaviours)

60 peratus mewakili jumlah yang besar. Marilah kita sama sama menjayakan!

Anonymous said...

Warisan ramai orang ar..
Tiap kali dtg mesti kene tggu orang abis mkn br dpt meja.. yg aku geram, diorang ni nak brak2 n tak reti nak bgn lepas mkn tu w/pun tgk orang ramai tggu.. Terpakse la aku wat bodo berdiri sebelah meja diorang dgn msg tersirat "Dah abis mkn tu cpt2la blah wei".. Kalo tak phm2 jugak mmg bengaps la org cmtu..

Naz said...

Min: Betui cakap ko tu, kalau semua 60% tu sama2 berganding bahu memboikot, pergh mmg best! baru padan muka diorang

Yaya: Warisan mmg spot orang ramai, mmg sibuk tempat tu. Aku pun selalu je duduk lama2 sambil borak2 walaupun dah abis makan kat Warisan tu...tp bukan waktu puncak la... aku pun geram gak ngan org yg x bg peluang org lain makan sebab dok lama2 kat situ sambil borak2 kosong!

rabia-adawiah musa said...

jadi awak punya pilihan lain tak??