Suram
Bagai makan tidak berulam
Bagai geta tidak bertilam
Bagai lata tidak berjeram
Bagai puteri tidak bersiram
Bagai taman tidak berkolam
Hari ini dunia terang bercahaya
Sempurna
Bagai malam dihias kejora
Bagai lagu indah berirama
Bagai hati penuh berjiwa
Bagai taman cantik berbunga
Bagai punya teman setia
Esok segalanya tiada pasti
Ada jalan panjang yang menanti
Entah seperti semalam atau hari ini
Entah penuh ranjau dan duri
Mungkin jua penuh cahaya dan seri
Hanya Tuhan yang mengerti
Walau apa yang datang membatas
Renunglah ke langit luas
Semesta tidak terbatas
Terbanglah bersama unggas
Selami erti bebas
Kedamaian kan pasti bertunas
Walau apa yang datang menyanggah
Lihatlah Taj Mahal tersergam megah
Bukti kasih tak pernah bercanggah
Kerana ia sempurna dan indah
Nota: Puisi ini telah dideklamasikan semasa majlis perkahwinan adik perempuan saya pada 12 Disember yang lalu. Buat Ann dan Shah, moga kalian berdua kekal bahagia hingga ke akhir hayat
7 comments:
Abgnye pulak, bila nak berumahtangga ;)
Tahniah Ann dan suami.... Jaga diri baik2. Banyak tanggungjawab bila dah bergelar suami/isteri ni. Banyak2kan bersabar bila berhadapan dengan kesulitan k...
abg naz bile lagi??
aku bertanya bg pihak rakan seangkatan,selepas yaya bertanya
sebentar td..;)
papaYA/Rio: Hehe... aku tunggu Rio kahwen dulu.
Anon: Ye, moga mereka berdua dapat mengharungi cabaran alam rumahtangga dengan penuh kesabaran dan kecekalan.Amiin...
bayangkan pula bagaimana indahnya karya yang akan naz tuliskan buat isteri dia nanti? hehe... saya doakan ianya akan jadi A.S.A.P (As Soon As Possible)
opsss tumpang lalu..
insyaAllah... kan ku harungi dengan tabah dan sabar....N
Anon2: bilakah itu? haha!
N: InsyaAllah u can do it! =)
Post a Comment