Friday, June 12, 2009

Bila?

Bila kelana kan kembali?
Rindu bersarang di hati

Bila hujan kan turun?
Kemarau sudah berkurun

Bila derita kan tamat?
Semakin lemah dan tenat

Bila perang kan habis?
Semangat sudah terhakis

Bila damai kan tercipta?
Hati tidak lagi berkata

13 comments:

papaya said...

Naz, I miss reading your entry. Where have u been??

Am said...

Welcome back bro

Pengejar Masa said...

dia mencari ilham kot. kan dah kena penangan sasterawan negara tahun lepas :)

Naz said...

Papaya: :) Terima kasih. Aku ada je, x kemana-mana pun. Cuma masa dan keadaan tak mengizinkan utk aku menulis

Am: Terima kasih, bro. :)

Pengejar Masa: Masih merindui Malam Tinta Nan 9 itu... :)

marmalade said...

dah jumpa a.samad said. tapi masih tak berkesempatan jumpa abdullah hussain =p

bila nak datang?

Pingu Toha said...

bila nak kahwin?
mak dah soh kahwin.

mana bley tinggal rangkap penting nan signifikan ni...

azah jaafar said...

biar aku sambung ayat pingu toha... Bila Naz?Bila? ehehe

Naz said...

Marmalade: InysaAllah, ada jodoh pasti dapat bertemu dengan beliau

Pingu Toha: Soalan itu untuk ko jugak!

Azah Jaafar: Wah.. main sambung2 ayat pulak yek

Panglima Hilmi said...

nak tambah boleh? hehe..

Bila nak menjamah nasi terhidang?
Perut sudah mula bergendang.

Khairul Amri Ishak said...

bila la nk balik?
ade lg sejam.

Naz said...

Panglima Hilmi, Ryo: Ada je idea korang nak menyambung menda ni yek... Haha.. thanks. Ryo, aku pun sebenarnya dok tanya soalan tu dari tadi... pening ar dok opis ni!

Pingu Toha said...

sambung lagi,

bila ku nak kahwin, ko tanya?
ku tiada jawabnya
ku masih belum berpunya
rekomen la calon seorang dua.

pantun la pula...

Naz said...

Pingu Toha: Bagus pantun tu. Best je. Tapi aku x bleh nak membalas pantun tu sbb rasa2nya pengarang novel cinta pasti lebih arif mengenai cinta! =)