Tuesday, December 23, 2008

Rindu

Tengah hari tadi saya makan di Alamanda bersama beberapa orang rakan. Mala, Bal, Fariq, Ghani, Rashid, Anis, Wan dan Yaya. Kalau ikutkan, lebih ramai lagi. Fairuz dan Hazly ada urusan lain. Begitu juga dengan Maz. Quntum pula seperti biasa, sibuk seperti lebah. Ada pemeriksaan di Ibu Pejabat WHO di Cyberjaya katanya.

Makan tengah hari beramai-ramai begini memang menyeronokkan. Bukan sebab dapat makan sedikit sedap (makan di kafeteria pejabat sangat membosankan) tetapi dapat bertemu rakan dan mendengar cerita-cerita daripada merekalah yang sebenarnya sangat mengujakan. Pertemuan begini juga dapat menjadi medan untuk menyebar cerita panas. Dan cerita-cerita yang sudah pun menjadi suam.

Pelbagai cerita menarik dikongsi bersama:
Perkahwinan Anis dan Razaly. Makin berseri-seri Anis setelah bergelar seorang isteri. Ohh... saya pun nak buat album macam Anis bila kahwin nanti. Walaupun saya tahu kosnya sangat tinggi.

Rangsangan ekonomi atau juga dikenali sebagai Kalendar Brad Pitt 2009. Sesiapa yang dapat kalendar tu, faham-faham sahajalah. Hazly kata kalendar itu memberikannya inspirasi. Siap tampal di dalam locker lagi katanya. Quntum kata ia membuat matanya terbuka luas. Bagus juga. Bila mata sudah terbuka luas, mudah sedikit untuk membuat pemeriksaan di WHO. Tak begitu, Quntum? Fairuz pula jadi mangsa usikan rakan-rakan. Entah-entah memang betul Fairuz cetak kalendar itu. Pengsan!!

Gambar Mala di Pejabat Perdana Menteri? Ohh... Mala kata langsung tidak serupa. Tapi rakan-rakan yang lain kata, gaya duduk dan gaya pemakaian tudung sama. Saya rasa kita semua kena membuat lawatan ke Pejabat PM. Oh ya, saya lantik Bal sebagai ketua rombongan!

Baby Nasir. Hah, yang ini saya tak mahu cerita. Tapi rakan-rakan yang pernah bersama Baby Nasir semasa modul-modul luar DPA pasti tahu apa ceritanya. Tiada apa yang buruk. Cuma kami semua teringat kepada anda, Nasir. Teringat kepada segala peristiwa berkenaan anda yang menggelikan hati. Itu tandanya kami semua rindu kepada anda.

Blog Mala. Yang ini juga tak perlu cerita. Nantikan sahajalah cerita-cerita terbaru daripada wanita hiperaktif ini. Katanya dia akan menulis artikel bertajuk "Lelaki-lelaki Perasan Single". Saya cadangkan Mala tulis artikel mengenai single tapi perasan tidak single. Eh, macam mana tu? Entah, mungkin Mala boleh huraikan. Dia memang bijak dalam perkara-perkara ini (dan perkara-perkara lain sudah pasti!)

Makan. Borak. Gelak. Mengumpat. Gelak. Makan. Habis. Apa lagi, balik ke pejabat masing-masing. Nanti kena tangkap sebab berada di Alamanda di luar waktu pejabat!

19 comments:

Anonymous said...

HAHAHAHAHAHAHAHAH!
yeah, rindu ah bile jumpa you guys tadi =) we should do it more often kan.

balkish nih teruklah.

Al Hadi said...

korang syok la. semua kat putrajaya. aku sorang2 kat shah alam ni apa cer?

Anonymous said...

turun ah putrajaya hadi =) takpe hadi, kitaorang ada cakap pasal kau jugak tadi. kitaorang rindu jugak pada kau hihihihi

a.b geldofg said...

:)

Anonymous said...

what the correlation btwn ekonomi n Mr Pitt? Anyway, I've secured a 'side-income' dish today.. Insya Allah. *wink*

Naz said...

Mala: Betul tu, kita kena selalu buat camni... kalau boleh lagi ramai.. baru best.. dan boleh buat Hadi bertambah-tambah jeles! Hahaha

Hadi: Haah la Hadi, turun la Putrajaya. Kitorang semua rindu kat ko seh!!

ab_geldofg: =)

Shahrill: Anda ingin tahu apa kaitan Brad Pitt dengan ekonomi? Bertanyalah kpd orang2 di Treasury. Mereka memang ARIF pasal perkara2 begini. Hehehe!

Anonymous said...

hadi! jangan turun putrajaya!

you'll upset the sickness imbalance.

Anonymous said...

I was laughing so hard nearly tersembur kuah sup bakso aku smlm =)

Naz said...

Puwakah: Takde maknanya upset the sickness imbalance. Adooi.. mmg sick betul la korang nih.. Hadi+Puwakah=Sick kuasa lima

Papaya: Haha... mmg kelakar siot!

IkraamSuarez said...

tlg send kat aku kalender

Naz said...

Ikraam: Seriuus ke ko nak kelendar tu jugak?? Serius ni? Kena minta kebenaran kat Mala dulu nih!

marmalade said...

woi woi, apa yang kelakar sangat semalam? because most of the jokes was on me kan? bloodyhell lah.

ikram nak kalendar? heheheheh.

nzard said...

brad pitt???!!! i want one too!!! even if it's only in calendar....

jay jamil said...

wah korang, seronok berjumpa sambil makan makan.

aku kat sini jumpa eziatul nurin, sekali skala makan ngan zaifa laila
ehhehehe

Naz said...

Mala: Pasal gambar u kat Pejabat PM tulah yg kelakar tu. Hehe

Nzard: Nanti aku emel kat ko ek!

Min: Ko pun bila nak turun Putrajaya?

nzard said...

i'll be waiting....abg bloom punya xdak ke?btw, quntum th real name or pseudoname je? quite unusual.....

Naz said...

Nzard: Hahaha..Best kan nama Quntum!

Weh Tum, apsal ko lama dah x dtg blog aku? Ada org berminat ngan nama ko nih!

Anonymous said...

QQunntoom~ i like her name too =)

Naz said...

Shahrill: Ko pun suka nama Quntum ek?

Nama ko ramai peminat la Tum, nama je lah.. Orangnya x tau la ramai peminat ke tak.. Hehehe!