Saturday, December 13, 2008

Cicakman dan Pencuri Troli

Petang semalam saya menonton filem Cicakman 2: Planet Hitam di GSC Alamanda bersama seorang rakan. Tayangannya pada pukul 5.05 petang, saya habis kerja pukul 4.30 petang. Saya cuma ada setengah jam sahaja untuk meluru ke Alamanda. Jam pada ketika itu sudah menunjukkan pukul 4.40 petang. Cordelia (nama kereta kesayangan saya) yang saya pandu masih lagi bergerak perlahan. Sangat perlahan! Sejurus sebelum saya membelok ke simpang jalan di sebelah kanan menghala ke Alamanda, tiba-tiba sebuah Gen 2 berwarna biru metalik bergerak laju dari lorong sebelah kiri dan memintas kereta saya. Lorong sebelah kiri itu untuk terus ke hadapan, bukan untuk ke simpang di sebelah kanan. Barisan kereta yang panjang di lorong sebelah kanan semuanya sanggup menunggu dengan sabar untuk ke simpang jalan di sebelah kanan. Marah betul saya kerana orang lain pun ingin cepat juga. Bukan pemandu Gen 2 itu seorang sahaja. Baiklah, disebabkan saya masih lagi marah kepada pemandu Gen 2 tersebut, saya umumkan sahaja nombor pendaftaran keretanya di sini. Putrajaya 5976. Ohh.. warga Putrajaya rupanya. Sikap penduduk tak seindah bandarnya! Jika terjumpa Gen 2 ini, buatlah apa-apa yang patut ya.

Kesesakan dan sikap pemandu yang tidak sopan menyebabkan saya lewat sampai ke Alamanda. Saya segera ke surau dan solat Asar dahulu. 10 minit, selesai solat saya. Err...maksud saya selesai tanpa wirid dan doa yang panjang-panjang. Tapi Alhamdulillah, tanggungjawab sudah ditunaikan jua.

Saya sampai di GSC Alamanda tepat pada pukul 5.05 petang. Rakan saya sudah pun menunggu. Kemudian kami masuk ke dalam pawagam dan menyaksikan Cicakman 2: Planet Hitam. Anda inginkan ulasan mengenai filem ini? Baiklah, saya berikan sedikit ulasan.

Cicakman 2 adalah sebuah filem tempatan yang terhebat pernah saya tonton. Padat dengan aksi-aksi hebat dan mendebarkan, jalan cerita yang sangat menarik, lakonan yang mantap oleh semua pelakonnya, cinematografi yang cantik dan imej janaan komputer (CGI) di dalam filem ini sangat realistik dan mengkagumkan. Cicakman 2: Planet Hitam bolehlah dikatakan sudah menyamai filem-filem superhero Hollywood seperti Spiderman dan Batman. Kualitinya sudah tidak dapat disangkal lagi

Err.....sebenarnya saya tipu sahaja. Maaf. Sekali sekala bergurau dengan anda apa salahnya bukan? Cicakman 2 tidaklah sehebat seperti yang saya omongkan. Masih banyak kelemahan dan kekurangan di sana sini. Dan masih banyak lagi aspek yang boleh diperbaiki. Namun begitu, pujian tetap harus diberikan. Filem-filem Cicakman memberikan nafas baru kepada industri filem tempatan. Walaupun konsepnya sama dengan filem-filem superhero daripada Barat tetapi bukankah menarik dapat melihat seorang superhero yang bercakap Melayu dan memberi salam di layar perak? Ya, 3 bintang untuk Cicakman 2: Planet Hitam.

Selepas sahaja menonton Cicakman 2: Planet Hitam, saya dan rakan ke Taman Warisan Pertanian untuk makan malam. Dalam perjalanan pulang ke rumah dari Taman Warisan Pertanian, saya terlihat dua orang lelaki sedang menolak sebuah troli membeli belah yang kosong di hadapan Danau Point. Wahh, selamba betul mereka curi troli Carrefour!! Mana Cicakman ni?

7 comments:

marmalade said...

naz, bila i baca para you kata cicakman bagus tuh... for every sentence you wrote, i was like, "no way!" or "blah!" hahahahahaha.

ShahRiLL RaMLi said...

hahahaha mmg dasar pencuri troli! a disgrace to the name of Putrajaya dwellers (erk?) amboi..apsal nama aku x disebut? anonymous sbg 'rakan' plak? kahakahkah...haahaha.. neeway, what an expereince with the car,eh?

Pengejar Masa said...

cheh! tertipu aku dengan review cicakman kau tu. Aku x tengok lagi citer tu, dan berdasarkan review yg aku baca, malas la nak tengok. ko rasa berbaloi ke?

Naz said...

Mala: Hehehe... aje je nak kenakan pembaca sekalian... bergurau senda gitu..

Rill: Biasa le tu... pemandu2 di Msia x tau bila akan berubah

Hadi: Ermm... nak tengok boleh jer, xdelah berbaloi sangat. Tapi bila nak pergi tengok jgn la expect terlalu tinggi nanti keciwa. Biasa2 je filem Cicakman 2 ni. Tapi kalau nak bagi sokongan kepada filem2 tempatan cam aku (hehe) apa salahnya, pergilah menonton!

Emmy Hermina Nathasia said...

i ada terserempak dengan a few teenagers; guys, yang tolak troli. i rasa bukan sebab nak curi, tapi sebab saja dok dalam troli, main2, kawan tolak sampai umah... nak marah, tapi fikir balik, diaorang just being kids. yang tak fikir consequencenya..

Naz said...

Emmy: Tu budak2 takpela. Yg saya nampak tu bapak budak... Adoii!

nzard said...

my jaw literally dropped when i read that you complimented cicakman2 but thank god it's just a joke!