Monday, December 1, 2008

Si Miskin

Si miskin kata hidup ini satu perjalanan. Si miskin kata perjalanan yang dilaluinya penuh hiba dan duka. Si miskin kata walau hiba, walau duka dan walau pahit, hidup akan tetap diteruskannya. Si miskin kata selagi hayat dikandung badan, tulang empat kerat akan terus dikerah. Si miskin kata amanah dan tanggungjawab mesti terus dipikul. Si miskin kata dia tidak pernah menagih simpati. Si miskin kata dia tidak kisah dihina, tidak kisah dicerca dan tidak kisah dicaci. Si miskin kata dia akan terus gigih berusaha. Si miskin kata anak-anaknya punya hak untuk hidup lebih baik daripadanya. Si miskin kata setiap yang berlaku ada hikmahnya. Si miskin kata belajarlah untuk menghargai apa jua yang dimiliki.

Banyaknya yang ku pelajari daripada si miskin yang kaya dengan semangat dan jiwa yang luhur!


Nota: Gambar-gambar diambil di Raub, Pahang.

8 comments:

Nuisanc3 said...

letak gamba ulu sungai skali.. :D

marmalade said...

ulu sepat ada? huhuhu.

Naz said...

Quntum: Aku tak wat kajian kat ulu sungai la.. sekitar batu talam, batu malim dan felda tersang... Jauh gak felda tersang tu drpd kg batu talam.. Kitorang gi sana naik van sewa.. Balik je dari felda tersang terus gi lata lembik.. pastu terserempak dengan Quntun and the gang yg tetiba buat2 terkezut... Diorang siap tinggalkan kayu2 yang masih berasap kat kitorang. Sedih woo...

Mala: Ulu sepat jauh bebenor.. =)

Emmy Hermina Nathasia said...

tak terpikir nak tulis buku?

Naz said...

Emmy: Menulis buku tu impian semua org.. tapi bukan senang nak menulis buku ni... Insya Allah kalau ada rezeki, mana tahu ye tak? Buat masa skrg ni jom kita fokus kpd Pingu. Novel kedua katanya akan keluar tak lama lagi.

Fakhzan Marwan said...

Salam,

Kajian kemiskinan dibawah anjuran siapa? atau anjuran sendiri? Rumah itu ada electrict kah? air?

Kenapa YB kawasan itu tiada mengambil tindakan? Atau tidak tahu?

Naz said...

Cik Fakhzan: Kajian dibuat melalui sebuah institut bagi melatih kakitangan awam.

Rumah2 tu ada elektrik dan air. Tapi sebenarnya ada lagi keadaan rumah yang jauh lebih teruk daripada gambar-gambar yang saya tunjuk di sini. Ada kawasan-kawasan lain di Raub yang memang memilukan kalau kita tengok keadaan rumah mereka yang berkenaan. Sebanrnya, banyak program pembasmian kemiskinan telah direncana untuk daerah Raub dan Pahang khususnya dan seluruh negara amnya. Tetapi pelbagai masalah dalam pemantauan, ketidaksesuaian program, kekurangan penyaluran maklumat dan sebagainya telah menyebabkan masalah kemiskinan di sana masih lagi tidak dapat dibasmi sepenuhnya. Y.B sebenarnya selalu juga turun padang. Misalnya Y.B ADUN Bt Talam. Untuk mesyuarat JKKK pun dia datang jugak. Tapi itulah, semua pihak termasuk pembuat dasar sebenarnya kena mengembleng tenaga untuk atasi masalah miskin tegar ni. Bukan beban satu pihak sahaja.

ShahRiLL RaMLi said...

that's sad..