Wednesday, December 10, 2008

Di Luar Kotak

Sedang saya memuat turun gambar-gambar daripada kamera digital ke fail gambar di dalam komputer peribadi saya malam tadi, tiba-tiba saya terpandang kepada satu subfail gambar dengan nama 'Team Building'. Pada November tahun lalu saya telah menyertai program pengukuhan pasukan (team building) selama 4 hari 3 malam di Marina Cove Resort, Lumut yang dianjurkan oleh bahagian tempat saya bertugas.

Pelbagai aktiviti dan permainan yang mempunyai maksud serta nilai tertentu untuk menjana pemantapan organisasi telah dijalankan sepanjang tempoh 4 hari tersebut. Salah satu daripadanya ialah permainan yang dinamakan sebagai 'Meneka Nama Hidupan'. Permainan tersebut sebenarnya memberitahu kepada para peserta secara tidak langsung akan kepentingan kemahiran komunikasi dan interaksi dalam mencapai objektif, visi dan misi organisasi.

Permainan tersebut sangat mudah untuk dimainkan dan tiada suara diperlukan. Semua peserta dalam satu kumpulan (kira-kira 10 orang) perlu duduk beratur dalam satu barisan di atas lantai menghadap ke satu arah yang sama. Seorang ketua kumpulan yang duduk di barisan paling hadapan akan bertemu dengan fasilitator dan ditunjukkan dengan sekeping kad yang ditulis dengan satu nama hidupan. Ketua kumpulan tadi kemudiannya akan meminta peserta di paling hadapan untuk berpusing menghadapnya. Peserta-peserta lain di dalam barisan tersebut masih perlu menghadap ke arah yang bertentangan dan tidak boleh sama sekali menoleh ke belakang untuk melihat apa yang berlaku antara ketua kumpulan dengan peserta di barisan paling hadapan. Ingat, tiada suara sepanjang permainan ini!

Ketua kumpulan kemudiannya perlu melakukan aksi atau perbuatan hidupan yang telah ditulis di atas kad fasilitator tadi tanpa sebarang suara. Peserta yang melihat aksinya itu kemudian perlu menyentuh bahu peserta di belakangnya meminta supaya dia berpusing menghadapnya dan mengulangi atau meniru aksi serta perbuatan yang telah dilihatnya daripada ketua kumpulan. Peserta kedua yang melihat aksi tersebut seterusnya perlu mengulangi proses yang sama sehinggalah akhirnya peserta yang duduk di barisan paling belakang melihat aksi dan perbuatan yang dilakukan oleh peserta di hadapannya. Peserta terakhir tersebut seterusnya perlu mengumumkan nama hidupan yang tertulis di atas kad fasilitator yang telah ditunjukkan kepada ketua kumpulan di awal permainan tadi hanya berdasarkan kepada aksi dan perbuatan yang telah dilihatnya.

Saya telah bermain permainan ini dua kali. Rakan-rakan saya yang telah bermain permainan ini pasti faham betapa sukarnya untuk meniru aksi dan perbuatan yang dilihat tanpa mengetahui sama ada aksi-aksi tersebut relevan atau pun tidak. Sukar sekali untuk mentafsirkan aksi-aksi yang kadang kala sukar untuk diterima akal dan tidak munasabah. Jika anda melihat permainan ini berlangsung, anda akan sedar bahawa aksi dan perlakuan yang dilakukan pertama kali oleh ketua kumpulan akan beransur-ansur ditokok tambah dan juga ditiadakan sepanjang ia dipindahkan daripada seorang peserta ke peserta yang seterusnya. Akibatnya, peserta terakhir tidak dapat memberikan jawapan yang tepat seperti mana yang telah ditafsirkan oleh peserta terakhir dalam satu kumpulan yang turut sama menyertai program pengukuhan pasukan ini.

Jawapan yang diberikannya memang menggelikan hati. Tetapi saya fikir ia satu jawapan yang sangat kreatif, unik dan di luar kotak! (out of the box). Tapi hati-hati, ya. Sesuatu yang di luar kotak memang bagus namun jika ia terlalu bertentangan dengan objektif pihak atasan dan organisasi anda, mungkin anda perlu memikirkannya semula.

Mak nyah juga hidupan, bukan?

5 comments:

Al Hadi said...

Laa, game ni kan kita main masa UNGGUL dulu? ke group ko x main benda ni. mmg syok dan jawapan langsung x relevan! hahahaha

Naz said...

Hadi: Aku main gak game ni masa unggul, tu yg aku kata aku dah main 2 kali, sekali masa unggul dan sekali lagi masa team building bahagian aku tahun lepas. Best giler tengok aksi2 diorang yg mengarut-ngarut tu!

Anonymous said...

maknyah? hahahahahahah. mesti dia buat aksi "fractured wrist" hahahah.

zyrin said...

hahahahaha...

lupa la, gambar ni ada!!!

-rotfl-

Naz said...

Mala: Yeah babe.. sebab tulah bleh keluar mak nyah dari kotak pemikiran dia

Zyrin: Apa jawapan yg sebenarnya ye? Saya dah lupa pulak..