Tiba-tiba diri terasa gelisah. Jiwa terasa resah. Hati terasa gundah. Nafas terasa dilerah. Kudrat terasa dimamah. Lemah!
Diri dibawa ke sana. Ke rumahNya yang indah bagai singgahsana. Terasa diri seperti seorang kelana. Akhirnya tiba di destinasi setelah jauh mengembara ke seluruh buana. Tiba untuk merasai damai setelah sekian lama merana.
Diri menyedari. Menyedari akan kelemahan diri. Menyedari akan kesalahan dan dosa yang terbit dari seluruh pancaindera sendiri. Terlalu banyak bintik hitam sudah memenuhi ruang hati.
Diri mula menginsafi. Kekhilafan diri dikesali. Doa dipanjat mohon diri diampuni...

12 comments:
yes...i agree..aku rs bintik itam aku semakin byk..=(..tomrrow i wanna do a Putrajaya all rounded before leaving on wednesday! *wink*
A greatly masterpiece of entry you had potrayed here.. :) Weh naz, aku rasa hang ada bakat jadi puits-mempuitis ni.. Meletop! Ekeke..
Shahrill: Bagus la camtu. Putrajaya ni xdela besaq sgt... Satu-dua hari mmg bleh abis pusing.. Pergi la ke semua taman yg ada kt Putrajaya ni.. cantik woo... jgn lupa bawak kamera!
Muzem: Mekasih... sokongan anda sangat dihargai... =)
tapi betul tau. mosque ni memang leh timbulkan suatu perasaan ketenangan yang luar biasa...
Tak tgk die present puisi kat stage lagi.. the BOMB ;)
Emmy: Betul tu... kadang2 rasa terkilan jugak sebab tak selalu berkunjung ke rumahNya. Kalau tak kerana solat Jumaat, saya akui memang jarang benar saya ke sana. Tapi terus terang saya katakan, bila rasa resah dan tidak tenteram saya akan segera ke rumahNya... rasa tenang dan damai di sana
Yaya: Hahaha.. takde maknanya! the bomb pebendanya... jgn caya cakap si Yaya ni..
you have the talent, bro =)
betul kata Yaya.. bila dia start deklamasi puisi koyak-koyak tu, Sasterawan Negara pun terpaku!
huhu! naz the poet... nanti aku tukar dari naz the workaholic. hebat anda ya? sampai terkesima SN!
TAHNIAH!
Mala/Hadi/Pingu: Terima kasih atas pujian yg korang berikan. Sangat2 menghargainya. Korang semua juga berbakat, semuanya terer menulis. Hadi dengan cerita2 yg selalu buat kita ketawa dan tersenyum sendiri tika membacanya. Mala dengan tulisan-tulisannya yang very thought provoking dan sangat berintelektual. Pingu pula tidak perlu disebut lagi akan bakatnya dalam bidang penulisan. Untuk pengetahuan pembaca yang tidak mengenali Pingu, beliau adalah salah seorang penulis novel yang kian bersinar di negara ini. Novel sulung beliau bertajuk L.U.V.E kini telah pun ada dijual di kebanyakan kedai buku seluruh Malaysia.
Yang lain2, Muzem, Shahrill, Yaya dan semualah yang menulis di blog masing2.. anda juga berbakat!
aku ada kat putrajaya for a week..
Bad: Wokeh, calling2 la.. leh lunch sama nanti
Post a Comment