Sunday, December 14, 2008

Ahad

Hari Ahad memang ditunggu. Tak perlu bangun awal. Tak perlu pergi kerja. Tak perlu memaki hamun apabila terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Tak perlu terjumpa orang seperti pemandu Gen 2 Putrajaya 5976 di jalan raya.

Tapi hari ini saya tidaklah bangun lewat sangat. 6.30 pagi masih dikira awal kan? Selalunya saya bangun pukul 5.45 pagi. Basuh baju dan sidai baju. Pergi kedai mamak beli roti canai. Roti planta satu, roti kosong satu. Satu keping memang tak pernah cukup untuk saya. Badan kurus macam lidi tapi perut besar macam perigi. Eh, entah peribahasa mana yang saya ambil ni. Sebelum balik ke rumah, singgah ke pasar mini beli surat khabar Sunday Star.

Baju sudah dibasuh, roti canai sudah dimakan, susu sudah diminum, surat khabar sudah dibaca. Apa lagi yang perlu dibuat? Oh, blog kawan-kawan belum saya baca lagi. Nanti saya sambung semula selepas membaca blog anda semua ya!

Selamat Hari Ahad. Moga hari Ahad anda tidak bosan seperti hari Ahad saya!

Nota: Petang ini saya akan pergi menonton wayang lagi. Kaki wayang macam saya memang tak ada kerja lain!

9 comments:

Anonymous said...

wei kuda padi...tgk antoo fighter la..hueeheheh

marmalade said...

i woke up early to pray and then i go back to sleep. around half past 10, went to get some groceries and believe it or not, i shopped only for 10 minutes because i only buy the things that i need =) then had brunch wif my sister and hana's engagement in the afternoon.

now am fine-tuning my economics of love presentation =)

Al Hadi said...

Hari Ahad aku bermain di Bukit Antarabangsa. Mmg xde life...

Naz said...

Puwakah: Best ke citer antoo tu? Kasi review sket!

Mala: Haha... lepas subuh tidoq balik biasa la kan, macam x biasa.. I pun selalu buat camtu gak on weekends

Hadi: Sian ko, x dpt memperuntukkan hari Ahad ko ngan bermain Wii.. Dah tugas, ye tak?

IkraamSuarez said...

hari ahad aku baru pulang ke semenanjung....huhu

Al Hadi said...

apa nak buat. tapi mmg best gila dapat lepas tensen main star wars! hahaha

Naz said...

Ikraam: Tengok baby kat Miri kan? Aku suka nama baby ko yg panjang tu

Hadi: Ko kan Darth Vader.. mmg giler star wars!

nzard said...

i suggest LOs and Faun. don't intend to watch it myself but my fren recommended it

Naz said...

Nzard: Baru2 ni aku gi tengok Histeria. Agak mengecewakan! Biasa2 je..