Tuesday, November 18, 2008

Lima S

Bahagian di mana saya bertugas kini dalam usaha ke arah Pensijilan 5S. Pensijilan 5S ini sama seperti Pensijilan MS:ISO yang mana ia melibatkan peraturan khusus yang perlu dipatuhi oleh semua kakitangan bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti dapat diberikan kepada pelanggan. Pensijilan ini juga akan dapat membentuk organisasi dan persekitaran kerja yang tersusun, selamat, lebih efektif dan lebih produktif.

5S adalah merupakan salah satu bentuk pensijilan kualiti yang diadaptasi daripada budaya bekerja masyarakat Jepun. 5S tersebut adalah merupakan 5 perkataan Jepun yang mempunyai maksud-maksud yang tertentu iaitu:

Seiri (Kekemasan)
Seiton (Keteraturan)
Seiso (Kebersihan)
Seiketsu (Keseragaman)
Shitsuke (Disiplin)

Terus terang saya katakan saya amat menyukai konsep 5S ini kerana saya sememangnya menyukai sesuatu yang kemas dan teratur. Namun begitu, apabila melihat kepada sikap segelintir kakitangan di tempat saya bertugas ini, saya merasakan bahawa konsep 5S mungkin memerlukan masa yang agak lama untuk dihayati dan diamalkan di sini. Kadang-kala rasa kecewa juga melihat sikap mereka ini yang sepatutnya sudah tidak ada lagi dalam peradaban dunia hari ini.


Nota: Gambar diambil di laluan kecemasan bangunan pejabat tempat saya bertugas.

17 comments:

Pingu Toha said...

ala...biasa la, MELAYU!

IkraamSuarez said...

bilik saya 5s paling mantap =P

zyrin said...

pergh... sepantas kilat post, ek? syabas!

Anonymous said...

smokers should be banned =)
a very strong statement, but really, they should.

Naz said...

Pingu: Bukan Melayu tapi Malaysian.. Mentaliti rakyat Malaysia mmg macam tu.. Harap2 dari semasa ke semasa benda ni akan berubah =)

Ikram: Aku tau la bilik ko kat SUK tu mmg gempak!!

Zyrin: Ehehe... biasa ler..

Mala: Hmm.. i somehow agree wit u. Bukan tak boleh merokok tapi jangan la sampai mengotor dan merosakkan. Puntung rokok contohnya janganlah ditenyeh pada dinding bangunan, tong sampah dan tangga untuk dipadamkan. Lepas tu buang plak puntung rokok tu merata-rata. Lagi satu pasu pokok selalu sangat jadi mangsa. Penuh dengan puntung rokok.. Pokok pun bleh mati mcam tu. Smoking di tempat awam dah satu crime, merosak dan mengotorkan is another crime, menjejaskan kesihatan orang lain another crime...
Jadi, merokoklah dengan penuh tertib dan kesopanan..

Anonymous said...

Kompaun RM500 sbb membuang sampah yg kecoh dulu tu sepatutnye dikuatkuasakan secara tegas..
Buat la mcm kt S'pore

nzard said...

this post is so *yawn*! i expect better from u, naz.

Naz said...

Yaya: Setuju

Nzard: Yawn? Maybe it is. Tapi pd pandangan penulis, apalah gunanya perkara2 yang sensasi, menarik dan mengujakan ditulis tetapi tidak mempunyai apa2 makna dan kesan kepada pembaca mahupun penulis sendiri. Adalah lebih baik kiranya tulisan yang yawn itu sedikit sebanyak dapat memberi sedikit kesedaran kepada mereka (pembaca) yang berkenaan. Juga kepada penulis sendiri. Dan adalah lebih baik kiranya tulisan yang yawn itu sedikit sebanyak dapat memberikan ilmu dan pengetahuan kepada orang lain. Penulis pasti ramai yang masih belum tahu mengenai Pensijilan 5S terutamanya bagi kakitangan kerajaan sendiri. Walau bagaimanpun, saya amat menghargai komen saudari. Diharap saudari sudi membaca tulisan-tulisan saya yang seterusnya dan terus memberikan sokongan. Terima kasih

Pingu Toha said...

pergh...br yawn camtu dh kna bantai smpai blh buat 1 entri br plak!

cabaran berat buat penulis (spt aku gk) ntuk tidak mengyawnkn si nzard ni...

anyways, mmg mula2 aku nk tulis Malaysian...tp, pikir2 balik yg byk keja govmen kn MELAYU...

Anonymous said...

Naz sememangnya telah di'marked' sbg seorang yang kemas, bersih dan wangi sejak zaman uni dulu.. Hehe. Tak pernah nampak mamat ni berkeadaan selekeh.. Good.. Keep it up!!.

Anonymous said...

i applaud your sensitivity.It's a good thing one is addressing this issue. But of course, smokers will always be smokers. It's an addiction that could not be alleviated. It's like sex or foods to someone else. I understand that because I have a father who is a smoker and colleagues (ex, more like)who gets agitated if they don't smoke for at least within range of 4 hours.

And also about the 5S. Very smart entry (erk? emulating YOU and Nzard eh?).. but since I'm not a pengemas person, I say I join the smokers attitude-club !ahhaha - KIDDING! jgn dok bengang plak..eheh

Naz said...

Pingu: Hm.. mmg ramai Melayu dlm perkhidmatan awam tak dinafikan.. tapi aku percaya attitude ni ada kat mana2 di Malaysia ni dan dilakukan oleh rakyat Malaysia tak kira kaum dan agama..

Muzem: Takde maknanya.... Tapi ko patut jumpa kakak aku.... manusia yang paling menyukai kekemasan, kebersihan, keteraturan dan keseragaman yang giler babas tahap cipan angkasa..

Rill: Ayah dan abang aku pun smoker gak. Aku faham sgt.....dan walaupun ko tak pengemas tapi ko c****** LOL! =)

Anonymous said...

hang mmg ***&^%$###@***&^% !!!! ahahhaa

Emmy Hermina Nathasia said...

finally i can leave comment: i berhempas pulas nak menghadapi star rating tau! dgn 5s konsep la tuh...siap dok ofis sampai midnight menyiapkan laporan! mmg ngeri. but like u said, the concept memang bgs. but for our msian (not jst malay) overall mentality; long way to go baby!

Naz said...

Hi Emmy.... thanks for reading my blog... Saya selalu gi blog frenster awak tapi tak pernah tinggalkan apa2 komen pun kat situ... =)

Emmy Hermina Nathasia said...

u memang... wud love some comments on it. nak tengok sama ada i can take it a step further, a notch, towards publishing something serious instd of just writing a blog..

nzard said...

naz: ark, pedih2...smp ke ulu ati.....anyway, naz mmg bkn mamat kontroversi pn. he's far from it....

pingu toha:and i've yet to read ur book....=P