Sunday, November 9, 2008

Air

Beberapa hari lalu telah berlaku gangguan bekalan air di kawasan tempat tinggal saya. Gangguan bekalan air tersebut berlarutan sehingga hampir 48 jam. Ketiadaan bekalan air amatlah merimaskan. Maklum sahajalah kepentingan air kepada manusia, terutamanya buat Muslim.

Gangguan itu juga menyebabkan air terpaksa diambil daripada paip air awam di kawasan kejiranan. Tinggal di pangsapuri sedikit sebanyak terasa jualah keperitannya. Air yang diambil itu juga perlu dihadkan penggunaannya. Jika tidak terpaksalah berulang alik ke paip air awam. Kepenatannya juga akan terpaksa dirasai berulang kali.

Di saat-saat begitu barulah sedar akan nikmat air kepada manusia. Mana tidaknya, kadang kala kita terlupa untuk menghargainya. Termasuklah diri saya sendiri. Air dibazir sesuka hati. Fikir ia akan terus wujud untuk memenuhi keperluan manusia. Hakikatnya, ia boleh hilang dengan sekelip mata.

Apabila difikirkan semula akan pembaziran yang dilakukan, timbul juga rasa takut dalam diri. Manalah tahu jika satu hari nanti manusia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada akar-akar pokok untuk mendapatkan sumber air minuman yang bersih. Jika tidak pun, urin sendiri!!

11 comments:

Pengejar Masa said...

Yup, kita hanya akan sedar nilai sesuatu lepas ia tiada. Macam air ni aku dah rasa dulu masa tahun 1993. Krisis air kat Melaka. Last2 aku, abang aku ngan bapak aku gali perigi depan rumah.

Nuisanc3 said...

Cite pasal pembaziran air, first day aku dpt kunci aku terus tgk rumah, ko tau toilet kat master bedroom, shower tu tak tutup kemas2, air mengalir2 tak tau la bape lama..

ish.. pembaziran tol. Silap2 aku yang kene bayar nanti.. isk2..

lagi satu, banyak la ko punye 'GREAT DANCER'.. ko tuka skang! hahahahah sebelum aku serang ko kat opis.. muahah

jazmin said...

aku pun sama.
pegi mandi dan basuh baju kat hulu langat, semenyih dan mana-mana air terjun brdekatan sebab masa tu aku dok kajang, rumah atas bukit. ehheh cam orang kampung pun ada.

Naz said...

Hadi: Biar betul kena gali pergi sebab takde air... Fuh... nampak sgt le ko dh mkn gram dulu daripada aku...


Kuntum: Biler le aku nk dpt kunci ni yer... x sabor aku nak berjiran ngan ko. Bleh makan mee bandung tetiap ari... wakaka! Knp ko nak menafikan lagi perkara itu? Ko ingin melihat bukti kehebatan ko menari? Hehe

Min: Giler thrill ko nye experience!

papaya said...

Aku pun selalu rase bab takde air ni mase matrix..Duduk aras 4. Mmg bile takde air tu, kami terasa dulu..
Akibatnye, pergi kelas tak mandi.. yuhuuu... :)

Naz said...

Yaya: Hehe... bebudak matriks/uni kalau ada air pun mmg malas mandi... tido lambat, bangun pun lambat pastu nak kejar kelas kul 8, sembur minyak wangi jer!!

marmalade said...

yeap, takde air memang susah. sama jugak kalau takde elektrik, takde bulan, takde bintang, takde matahari, takde oksigen, takde segala-galanya that ALL OF US HAS TAKEN SO MUCH GRANTED FOR!

so, let's pray together now saying our thanks to the Almighty.

IkraamTorres said...

seb baik aku duk sorang..tiap2 bulan bayar bil minimum jerk....

Am said...

Kat sini kitorang bayar air per tahun. Pastu takde limit nak guna brapa banyak pun.
Ader gak ler orang2 Malaysia yg saja membazir sebab dah bayar kan. Ish ish

ShahRiLL RaMLi said...

wahhhh....jadi askar la plak...mencabar nih!~ hehee..tapi aku ada satu cerita yg tak tau disgusting bg hang ke atau kengkawan hang ke tak..aku okjer la sbb aku tomboy(ahaks?ahhaha).. masa kita kat first year fajar bakti takda air...aku baru balik je la dari kedah.sepeti biasa ayah aku anta. malam2x plak tuh rase nak terberak..ehhehehe last2x aku yg selama ni berpegang teguh pada prinsip "berak di tandas tempat kediaman sendiri adalah paling best" sanggu gi toilet depan bolevard foyer DK - ingat tak ade hut komplks tandas tuh..hhe..dlm keadaan gelap aku melepas dis itu..alhamdulillah! ahaahhaha =p

Naz said...

Shahrill: Gambar tu bukan masa modul tentera tapi modul polis.. Dalam tempoh 2 minggu kat modul polis, empat hari kena jadi pasukan gerakan am (dahulunya dikenali sebagai polis hutan)... kat sini kena la belajar survival skills mcm mengenal pasti akar-akar pokok yang ada air untuk diminum kalau sesat dalam hutan...

Dan aku mmg tau prinsip ko masa kat kampus dulu tu... x nak berak kat tandas selain daripada tandas fajar bakti... x paham betul aku! =)