Pagi tadi saya telah menghubungi dua buah agensi kerajaan di Sabah dan Sarawak bagi mendapatkan beberapa maklumat yang sangat penting dan diperlukan dengan kadar segera. Pegawai-pegawai yang telah saya hubungi di agensi-agensi tersebut berjanji untuk menghantar dokumen-dokumen yang saya perlukan melalui faksimili sebelum waktu rehat pada hari ini iaitu sebelum jam 12.15 tengah hari.
Walau bagaimanapun, saya berasa sangat kecewa apabila ke mesin faksimili di pejabat saya tengah hari tadi kerana mendapati dokumen-dokumen tersebut masih belum difakskan lagi. Saya bercadang untuk menghubungi agensi-agensi yang berkenaan sekali lagi tetapi saya rasa tiada gunanya saya berbuat demikian kerana jam pada ketika itu sudah pun 10 minit melewati waktu rehat.
Selepas sahaja tamat waktu rehat, saya segera menelefon ke agensi-agensi yang berkenaan untuk memohon supaya mereka menghantar dokumen-dokumen yang saya perlukan melalui faksimili pada ketika itu juga. Mereka meminta maaf dan memaklumkan akan menghantar dokumen-dokumen tersebut dengan kadar segera. Dalam tempoh 5 hingga 10 minit lagi dokumen tersebut akan difakskan kata mereka. Saya terus bergegas ke mesin faksimili dan menunggu di hadapannya dengan penuh setia. Seperti seorang anak kecil yang berdiri di hadapan balang gula-gula yang berwarna-warni menanti untuk si ibu membelikan gula-gula kesukaannya.
Saya bukan sekadar menunggu dengan penuh setia malah sebenarnya bercakap dengan mesin faksimili tersebut. Cepatlah, wahai mesin faks.... Keluarkan segera dokumenku.... Ya, saya tahu bunyinya agak gila tapi dalam keadaan begitu saya benar-benar rasa tertekan. Maklum sahajalah, dokumen-dokumen tersebut perlu diserahkan kepada pihak pengurusan atasan pada hari ini juga. Banyak kesannya jika saya gagal menyerahkan dokumen-dokumen tersebut dengan kadar segera.
Pada ketika itu juga saya mula berangan-berangan menjadi seperti Micah, watak dalam siri televisyen Amerika Syarikat, Heroes yang boleh berinteraksi dengan mesin. Mana tidaknya, saya sanggup membelai mesin faksmili di hadapan saya dengan harapan ia akan segera mengeluarkan dokumen yang saya perlukan.
Gila, bukan?
16 comments:
kau mengusap mesin faks?
*pengsan*
waduh citer macam ni pun nak dikongsi bersama... sah lonely nih...
Naz, baik jadi Hiro jer. Ko terus gi amik dokumen tu sendiri kat Sarawak. Tak ke lagi mudah tu:D?
Hadi: Haha.. jgn la pengsan, nanti saper nak tulis citer2 yg best dan klaka kat blog sudah tiba masanya tu..
Emmy: Ape kaitan cerita ini dgn ke'lonely'an? Rasanya takde kaitan. Serius, saya mmg betul2 nervous tunggu faks ni. Boss mintak sebelum tengah hari utk dihantar kepada kepada KSU. Jadi awak boleh bayangkanlah they are for KSU, bukan KPSU.. mana tak gelabah saya dibuatnya.
Am: Haha.. i wish i were Hiro. Tapi jadi Peter Petrelli la bagus la kot, ada semua jenis power. Haha!
aku nk Nikki! klo am mungkin dia mau jd vanessa hudgen...haha!
Pingu: Muahahahahaha!! Aku setuju ngan ko... Adoii... sakit perut aku gelak pagi2 ni..
belaian ko menyelamatkan kerjaya ko =P
hahaha...YES! akhirnya ada jugak yg berani mengatakannya..emm Am as vanessa hudgens? mauahhaha
statement mengusap tu ada konotasi seksual di situ...
hahahahah i boleh imagine hadi pengsan - cepat kasi dia roti! hahahahaha
but naz, seriously.
you need a girlfriend , dude =)
una kan ada?
jap... una dengan naz?
*pengsan*
kerenah birokrasi, no?
kalo aku baik jd maya je...kasi kuar ayer mata hitam sket, sume org mati, xyah p keja....
(sah minah saiko!)
Ikram: Betu sekali kata2 anda!
Rill: Kalau Am jadik vanessa, aku rasa hang patut jadik.... ehehe...
Pingu: Ish3x... penulis novel cinta ni memang pikir benda lain jer...
Mala: But, i already have a girlfren.. jadik camne ni? Hehehe... =)
Anyway una tu dah jadi macam kakak dah.. mana bleh couple ngan dia
Nzard: Yep, kerenah birokrasi+kekengan2 sedia ada = lambat tahap cipan....
Bagus la idea ko tu...... Maya=airmatahitam=mati=tak yah kerja.. Fuhh...Mantap!!
Naz, ko udah ade gelfren? Tak bgtau aku pun..
Tak perlu rush2 cari gefren ;)
Tp if dah tahap mengusap mesin faks, u seriously need a gefren..hehehehe ;)
Woit, aper daa korang ni.. mengusap mesin faks bukannye indikator yang menunjukkan bahawa aku ni gersang, desperate dan xde gf.. Aku wat camtu sebab desperate giler nak dapatkan dokumen2 drpd Sabah dan Sarawak tu.... menggeletar kepala lutut menunggu sebab boss dah mintak pagi2 lagi benda tu dan siap halang aku gi meeting pagi tu untuk dapatkan maklumat2 tu.....
Yaya, haha.... ko dulu pun x bagitau kt aku, nasib baik aku terjumpa frenster wan.. Hahaha... =)
hah? aku jadi apa plak? hehe..by the way, one can always play with one self....ahaks!tiba2x entry ni penuh dengan sexual innuendoes..hurm.. let see Naz's vampy side, eh?ahahhaa
rill, ko jd sharpay la!!! hahaha! nzard tu takyah jd maya kuar airmata itam...ko tgk dia type tu pn dh bley kasi mati...
ko dh ada awek, naz?
habis aku macammana?
Post a Comment