Tuesday, November 4, 2008

Rezeki

Bumi ini indah. Dicipta Tuhan untuk khalifah bernama manusia. Manusia yang dikurniakan akal dan kewarasan.

Bumi ini luas. Dicipta penuh dengan kekayaan. Di bawah dasar lautan nan luas, di kutub utara nan membeku mahupun di dalam perut bumi nan dalam. Di setiap inci bumi ini ada rezeki buat manusia. Betapa kasihnya Tuhan kepada hambaNya.

Akal sudah dikurniakan, kudrat sudah diberikan, tubuh dan anggota sudah disempurnakan. Kini hanya terpulang kepada manusia untuk mencari rezeki dan nikmat Tuhan yang tidak berpenghujung itu.

Di kaki lima juga ada rezeki buat manusia...

Nota: Gambar diambil semasa saya berkunjung ke Pasar Filipina di Kota Kinabalu, Sabah.

10 comments:

Pingu Toha said...

pada pendapatan saya...

Naz said...

Halim:....apsal ayat ko tergantung ni??

Anonymous said...

eh bila pegi kk?

IkraamSuarez said...

yosh...comment aku xde kena mengena ngan ini post..juz nak bagitau aku baru realize blog ko xde dlm list aku....ades~~ =P tapi dah add dah...hehe

Pingu Toha said...

tapi...

Naz said...

Ikram: It's okay... xde hal la kalau ko x letak dlm list pun..

Halim: Ko punye komen ada berapa episod kena tunggu daa...

Anonymous said...

Tak aci korang dpt pegi KK ramai2 1 kementerian...

Anonymous said...

I beg to differ! plz omit the word BANKER in my linkage...TQ =)

Naz said...

Yaya: Takpe nanti kita gi sana ramai2..

Shahrill: Already omitted maa...=) Nampaknya confirmlah 'kerjaya' dan 'rezeki' ko bukan di bank. Insya Allah semoga segala impian, cita-cita dan visi ko akan tercapai..

Anonymous said...

bubuhlah nama lain..tak mo la ex-banker..boh shahrill the bondage slave pun xpe..hehe..ya betul. tp aku ttp akan affiliatd dgn bankers situ..kenape?*ahaksss* =)