Tuesday, October 21, 2008

Penat

Bekerja memang memenatkan. Di tengah lautan. Di dalam perut bumi. Mahupun di dalam bilik berhawa dingin. Bekerja di mana jua pasti akan penat.

Ada kerja yang buat tubuh jadi penat. Ada pula kerja yang buat minda jadi penat. Tapi ada juga kerja yang buat tubuh dan minda sama-sama penat.

Macam-macam yang kita ambil untuk atasi penat. Dengan harapan tubuh akan kembali bertenaga. Minda akan kembali segar. Kopi Ginseng. Tongkat Ali. Kacip Fatimah. Teh Herba. Pati Ayam. Semuanya pernah kita cuba. Kadang kala menjadi. Kadang kala tidak.

Penat itu perkara biasa. Tanda manusia itu normal. Ia jadi petunjuk supaya diri direhatkan. Supaya minda ditenangkan dan lelah dilepaskan. Sebenarnya ada pelbagai cara untuk itu. Tak perlu Tongkat Ali. Tak perlu Kopi Ginseng. Cuma kita sahaja yang tidak tahu. Kadang-kadang tidak sedar. Sebenarnya sudah ada di depan mata. Jika tidak pun di kiri dan kanan. Di atas dan bawah juga mungkin ada caranya.

Cara saya dan rakan pejabat berehat cukup mudah iaitu melihat pemandangan daripada bumbung bangunan pejabat kami. Melihat awan dan pemandangan di sekitar pejabat sebenarnya agak menenangkan. Tambahan pula dengan tiupan angin yang nyaman. Tubuh dan minda terasa segar kembali!

Selamat Berehat!

10 comments:

Anonymous said...

Oit, "muzem the big buddy"??.. haha.
LOL!
Anyway, great to know that you are coming back in this jurnal-writting path way.
Aku sebenarnya suka baca blog hang mase zaman kat blog frenster dulu. Tapi, ko ni macam jenis bermusim gak update. hehe. Hope this will be yours. :)
Take care.

Salam Cikgu.

Anonymous said...

wahhh port best isap ghokok!

Anonymous said...

naz, nnt aku nak gi tpt ko la.. nak kuar kat bumbung jugak.. tingkap aku taleh keluar.. nescaya terus sampai bawah. hehe..

adakah itu gayathri?

Naz said...

Quntum: Yep, itu Gayathri, KPSU aku... Hahaha... Sempoi kan...

Deham: Ko mmg cari port je kejenya!

papaYA said...

Tingkap aku pun takleh kuar.
Paling bengang, time aku tensyen terdengar kanak2 menjerit2 riang kat bawah sebab tingkap aku overlooking playground nursery..
Aku nak gi main sekali takleh, takmuat..ehehehe

Naz said...

Yaya: mesti ko tertekan sebab x dapat bermain bersama diorang... tapi seriously bagi aku tengok budak2 main mmg therapeutic!

frankie said...

besnye dpt naik rooftop. opis aku ni tatau cane nak gi rooftop sbb atas tros atap..hahahah...pastu tingkap style takleh bukak nye.kalau nak kuar kene ikot pintu.hahahah

Anonymous said...

my sis's kementerian is like opposite yours rite? LOL~ anak sedara aku punya tadika kat bawah kementerian Air tuh. Anyway, i envy u guys for the roof-top port. Kat menara Affin, everything is confined under air-conditioned.. mcm mana lah bankers tak sakit mental kan? ahaks~

pingutoha said...

opis aku langsung tade tingkap. nak ber-therapeutic tunggu abis shift!

Naz said...

Frankie/Halim/Rill: takde tingkap atau rooftop, takpe. Mcm2 leh buat utk bertherapeutic. Misalnya bawak jajan gi bilik/tempat member pastu makan sambil bergossip. Hehe!