Tuesday, October 14, 2008

Semangat

Hari ini saya bakal membaca ikrar Rukun Negara dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian. Semasa raptai petang semalam, mereka kata saya baca dengan kurang penghayatan.

Suara tidak lantang
. Lesu. Tidak bermaya. Itu kata mereka.

Tapi mereka tidak tahu betapa sibuknya saya sebelum itu. Mesyuarat. Menelaah pekeliling-pekeliling perkhidmatan. Mencari idea. Menulis. Pada masa ini ada sekurang-kurangnya dua kertas kajian yang perlu saya siapkan. Ditambah pula dengan beberapa naziran yang akan diadakan pada bulan hadapan.

Perjalanan yang jauh dari rumah ke pejabat berserta dengan kesesakan lalu lintas menambah tekanan kepada saya. Semuanya bagai menyedut keluar tenaga dan semangat saya.

Saya tidak mahu dianggap tidak patriotik kerana tidak bersemangat melaungkan ikrar Rukun Negara semasa perhimpunan. Saya akan mencari semangat itu! Saya sangat memerlukannya. Bukan semata-mata untuk melaungkan ikrar Rukun Negara.Tetapi juga untuk kehidupan saya!

11 comments:

Farah Zahirah said...

Dahsyat la ko baca ikrar tadi.....semangat betul suara hang...

Farah Zahirah said...

Dahsyat la ko baca ikrar tadi.....semangat betul suara hang...

Naz said...

hahahah... iye ke?
aku pun tak tau le semangat ke tak...
smlm orang BKP kata aku x bersemangat....

marmalade said...

heh. koyak-koyak rabak-rabak ok je. heheheheheh =) hey dedek. didn't know you have a blog.

Naz said...

mala: ader... tapi sy guna blog friendster sejak masa kat universiti dulu.... Tapi blog tu dah tak terurus... banyak artikel dalam tu dah hilang.... jd sy buat keputusan untuk guna blogspot ni je :)

Badrulhafiz Hj. Sulaiman said...

dasyatla hang baca ikrar tadi.. sampai ke perlis terasa getaqnya.. hihihi

Naz said...

melampau betul... sampai perlis bleh dengaq....

Anonymous said...

Caya la Naz.. nasib baik tak keluaq api dr mulut hang td.. kata naga kan.. hehehhe

anyway, entry ko yg ni pon dah mcm puisi, cube ko anta lg sekali kat Tinta Nan 9.. hehehehhehe :P

*Naz, kalo komen masuk seploh kali ko approve yang last je ye, internet aku biol tak tau bape kali aku post*

Naz said...

hahaha..... nanti aku nak boh gambar naga la kat blog aku nih

nzard said...

so, i guess this is life as a ptd?

Naz said...

Camtulah, Norzat....