Tuesday, December 1, 2009

Karaoke

Ingin menyaksikan kelainan dalam filem Malaysia? Tontonlah Karaoke. Kini sedang ditayangkan hanya di GSC Mid Valley Megamall dari 26 November hingga 2 Disember. Filem ini bukan filem aliran perdana. Tapi ia filem berjiwa. Menyampai metafora kehidupan yang perlu sentiasa kita fikirkan...

Zahiril Adzim sebagai Betik dalam Karaoke

8 comments:

jay jamil said...

ala naz, bagi la sikit sinopsis. ehhehehe

Naz said...

jay jamil: Myn, jalan ceritanya simple je. Mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Betik yang kembali ke kampung halaman setelah tamat belajar di universiti. Semasa di kampung Betik membantu ibunya di pusat karaoke pada waktu malam yang menjadi medan pertemuan orang2 kampung terutamanya pekerja2 estet untuk berlibur dan melepaskan penat setelah bekerja pada siang hari di ladang kelapa sawit. Kepulangan Betik sebenarnya bukan sekadar satu kepulangan. Betik pulang kerana baginya di situlah kehidupannya. Betik juga pulang kerana banyak perkara yang sudah dia terlepas di situ dan dia ingin bina semula apa yg yang dinamakan kehidupan. Namun, kepulangan Betik bagai tidak diraikan. Kepulangannya juga adalah pertemuan di antara nostalgia dan harapan.

Hmmm... so camne sinopsis ni? Filem ni dah ditayangkan di beberapa festival antarabangsa, antaranya Cannes.. =)

IkraamSuarez said...

awat kat mid valley je ada...
jenuh aku nak pi sana...

Phoebus Athenos said...

Naz berbetik

Naz said...

Ikraam: Filem indie mmg camtu, tayangannya limited..

Phoebus Athenos: Puwakah!

Khairul Amri Ishak said...

naz, bile plak ko nk
ajak kami berlakon
filem indie arahan ko
yg bertajuk 'koyak' tu...:)

Naz said...

Rio: Hahaha! Koyak ek? Bagus tajuk tu! Kalau ada scene muntah aku nak ambik Deham jadi pelakonnya. Anyway ko dah tengok IB belum?

ShahRiLL RaMLi said...

betik? hurm...selalu dgr jargon remaja melayu bandar ni..