Saturday, April 7, 2012

Bunohan

Saya baru menonton filem Bunohan buat kali kedua di Astro First. Mungkin juga akan menontonnya sekali lagi buat kali ketiga nanti sebelum tamat tempoh tontonan yang diberikan oleh Astro sehingga Isnin depan.

Bunohan adalah sebuah karya berat, sebuah filem bergenre drama yang artistik atau abstrak. Sudah banyak filem sebegitu daripada pelbagai negara telah saya tonton - USA, UK, Perancis, Iran, Jepun, Bosnia, Israel, Austria, Jerman dan banyak lagi. Terlalu banyak sehingga saya sendiri tidak tahu bilangan sebenar filem-filem drama yang artistik dan sarat dengan nilai-nilai halus yang pernah saya tonton sebelum ini.

Malaysia juga tidak ketinggalan menghasilkan filem-filem sebegitu cuma bilangannya sangat kecil jika dibandingkan dengan filem-filem komersil dengan genre aksi, komedi, cinta dan seram yang begitu lazim dengan masyarakat negara ini. Kaki Bakar, Jogho, Wayang, Budak Kelantan dan filem-filem Allahyarham Yasmin Ahmad adalah merupakan antara filem-filem artistik tempatan yang sarat dengan pelbagai nilai yang terungkap secara tersurat dan tersirat.

Bunohan arahan Dain Said menambah koleksi filem artistik tempatan yang pada pandangan saya setanding dengan filem-filem daripada negara luar yang pernah saya tonton. Jalinan cerita Bunohan disusun dengan kemas, persembahan shotnya amat cantik dan sinematografinya benar-benar mengagumkan. Ia juga penuh berselirat dengan mesej dan nilai yang perlu dikesan oleh penonton. Lakonan para pelakonnya pula amat berkesan, terutamanya Faizal Hussein sebagai teraju utama. Menjadi kebiasaan bagi filem-filem artitstik juga, Bunohan disampaikan secara tidak linear dan tidak literal. Untuk menghayati dan memahaminya, penonton perlu banyak berfikir. Maka sebab itulah saya rasa saya perlu menonton Bunohon sekali lagi buat kali ketiga nanti :)

6 comments:

marmalade said...

nak tengok!
my friend cakap best. maybe i will get the dvd or something. cerita pasal apa naz? kasi sinopsis sikit.

Naz said...

Mala: Wajib tengok! Antara filem Malaysia yg terbaik setakat ini.

Nak sinopsis ek? Hmm... kisah tiga beradik Ilham (Faizal Hussein), Bakar (Pekin Ibrahim) dan Adil (Zahiril Adzim) yang telah membawa haluan hidup masing-masing kembali bertemu di kampung halaman mereka (Bunohan, Kelantan rentetan daripada beberapa peristiwa yang berlaku sebelum itu. Sekembalinya tiga beradik itu ke Bunohan telah membongkar segala rahsia dan dendam antara mereka.

Mala, serius awak kena tengok Bunohan. Terus terang saya katakan, saya tak pernah rasa terkesan secara mendalaman apabila menonton filem2 tempatan kecuali Bunohan ni.

Anonymous said...

Bunohan is a masterpiece!

Naz said...

Anon: It is!!

cacah said...

memang mendalam...

Naz said...

Cacah: Memang mendalam maksud tersurat dan tersirat yang disampaikan dalam Bunohan