Thursday, July 9, 2015

Syukran

syukran jazilan
atas segala pesan
dan kata-kata rangsangan
yang kau utus sepanjang perkenalan
akan sentiasa ku simpan
dalam jiwa dan ingatan

lumrah pertemuan
disusuli perpisahan
walau tiada lagi berdepan
dan tiada lagi sapaan
yang akan diungkapkan
selepas pemergian
namun segala tautan
dan juga ikatan
yang terjalin penuh keikhlasan
akan terus berkekalan
kekal dalam ingatan
untuk sepanjang zaman

ini sekelumit nukilan
yang mampu ku coretkan
tapi ia tiada tandingan
dengan segala yang dicurahkan
oleh seorang pengarah bahagian

Nota:
Puisi ini didedikasikan untuk Pengarah Bahagian tempat saya bertugas yang akan bertukar ke tempat bertugas yang baharu mulai 10 Julai 2015

No comments: