Wednesday, June 27, 2012

Sesat dalam Cahaya

Di sepanjang jalan besar itu, tiada rumah dan tiada kelibat manusia. Hanya hutan dan belukar. Sunyi

Kereta dipandu perlahan. Mata melilau ke kiri dan kanan mencari simpang ke tempat itu.

Beberapa ketika, ketemu jalan kecil berturap di sebelah kanan jalan besar. Belok ke kanan.

Sepanjang kiri dan kanan jalan kecil itu juga hutan dan belukar seperti jalan besar. Sunyi.

Jalan kecil itu berakhir. Tapi tiada apa di penghujungnya. Hanya hutan dan belukar.

Hari mula beransur gelap. Senja.

Berpeluh. Sedang pendingin hawa kereta berfungsi baik. Sejuk.

Terus memandu kereta keluar kembali ke jalan besar.

Masih berpeluh. Jantung berdegup kencang. Berdebar.

Apabila tiba di jalan besar, segera belok ke kanan dan terus memandu laju.

Sepuluh minit kemudian tiba di sebuah pekan kecil. Hari sudah gelap sepenuhnya. Melewati senja.

Hampir semua kedai di sepanjang jalan telah tutup. Hanya sebuah kedai masih dibuka. Cahaya jingga dari kedai itu satu-satunya sumber cahaya yang menerangi pekan kecil itu.

Berhentikan kereta di tepi jalan lalu masuk ke dalam kedai yang masih dibuka itu. Ketemu seorang lelaki  sedang duduk sambil membaca sebuah buku kecil.

Bertanya kepadanya tempat yang ingin dituju. Diam. Bertanya lagi. Masih diam.

Seketika kemudian, dia bangun lalu membisikkan sesuatu di telinga.

Katanya pulanglah. Nanti tidak lagi akan sesat dalam cahaya.

12 comments:

Am said...

Terpaksa baca dua kali untuk fahamkan maksud yang mendalam :P

Naz said...

Kan? Saje je tak nak straight to the point. Ngada2 betul si Naz ni.

Tomei Boboyot said...

Paham..tapi tak paham...

Naz said...

Tomei Boboyot: Kesimpulannya, paham ke tak paham? Haha!

Pingu Toha said...

motip drama seremmmmmmmmmmmm tersebut???

Naz said...

Pingu Toha: Seremmmmm kan?

Hasina Terebuzzu said...

errrrr... hantu?

Naz said...

Ina: Heeeheeeheeeheeee (Mengilai sambil menflip rambut yg panjang mengurai)

Dijah said...

Pulanglahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~~~

Naz said...

Kak DJ: Ish...patutnya akak la yg kena pulang sebab sekarang berada di perantauan :D

marmalade said...

macam video game je.
yang jenis-jenis king quest tuh. right, right, left, right. saw shop. walk in. saw man. talk to man. ask for direction.

game apa nih naz? hahahahahaha

Naz said...

Mala: Hanya gamers like u and me je yang boleh detect persamaan entry ini dengan video game! :D