Friday, January 29, 2010

Lentera

hujan, naiklah ke awan
sungai, mengalirlah ke hulu
rama-rama, kembalilah jadi kepompong
kaki, melangkahlah ke belakang
waktu, baliklah ke silamku
ubatilah rinduku

rindu untuk mendengar
akan lunak suaranya
menutur ayat-ayat dari kitab agung
bertasbih memuji Ilahi
bercerita tentang kota suci

rindu untuk melihat
akan redup wajahnya
tenteram dan bercahaya
penuh tenang mendamaikan
menyejuk jiwa yang lara

rindu untuk menikmati
akan manis halwa hijau
lemak dodol hitam
dan rangup kuih sepit
yang tak pernah jemu
dibuatnya setiap lebaran

tapi mana mungkin dapat ke silamku
hujan akan terus turun ke bumi
sungai akan terus mengalir ke hilir
rama-rama akan terus menjadi rama-rama
kaki akan terus melangkah ke depan
waktu akan terus berputar
rinduku takkan terubat


12 comments:

papaYA said...

Sayu aku baca.. Takziah sekali lagi Naz..

Naz said...

papaYA: Terima kasih, Yaya! :)

Anonymous said...

takziah saudara. hampir menitis air mata saya membaca bait puisi saudara. Moga Tuhan merahmati beliau.

Naz said...

Anonymous: Terima kasih. Saya amat menghargainya..

Naz said...

Opah, I dreamed about you last night. I really miss u, Opah...

Anonymous said...

Al-Fatihah... Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...

Anonymous said...

opah... ku jua merinduimu....
ku jua terlalu merinduimu....

semoga opah tenang di sana yang kekal abadi.. kami jua akan menyusul jua bila tiba masanya....

Anonymous said...

Ly,menitis air mata aku baca puisi mu ni... Terbayang semua kenangan aku bersama opah. Memang pilu rasanya bila kita sedar yang kita tak akan dapat patah balik kebelakang.Kita tak akan dapat dapat jumpa dia lagi sampai akhir hayat. p/s:Dua tiga hari lepas, aku mimpi jumpa opah.. Mimpi yg meninggalkan persoalan yg tak terjawab. Nanti aku cerita kat mu tentang mimpi tu yer..

Naz said...

Anon (Jan 31, 8:55 AM): Al-Fatihah...

Anon (Feb 2, 11:04 AM): Ya, moga Opah tenang di sana. Sama2lah kita mendoakannya..

Anon (Feb 2, 12:06 PM): Kamu juga bermimpi tentang Opah? Aku faham, kita semua merinduinya..

Anonymous said...

sedap.. teruskan ya naz.. ohh saya hantar ke dewan siswa/masyarakat boleh? letak nama, ic, butir2 diri naz ya. dulu am pun saya wat cam tu, disiarkan lepas tu dalam majalah.. :-) - EMMY

Naz said...

Emmy, terima kasih!!! Teharu plak saya dengar awak nak hantar ke dewan siswa/masyarakat... =)

IkraamTorres said...

takziah naz....