Sunday, July 5, 2009

Koyak, Roboh dan Patah

Bajuku koyak
Bajuku koyak-koyak
Baju-bajuku koyak
Baju-bajuku koyak-koyak

Koyak bajuku
Koyak-koyak bajuku
Koyak baju-bajuku
Koyak-koyak baju-bajuku

Rumahku roboh
Rumahku roboh-roboh
Rumah-rumahku roboh
Rumah-rumahku roboh-roboh

Roboh rumahku
Roboh-roboh rumahku
Roboh rumah-rumahku
Roboh-roboh rumah-rumahku

Tulangku patah
Tulangku patah-patah
Tulang-tulangku patah
Tulang-tulangku patah-patah

Patah tulangku
Patah-patah tulangku
Patah tulang-tulangku
Patah-patah tulang-tulangku

Bajumu aku koyak
Bajumu aku koyak-koyak
Baju-bajumu aku koyak
Baju-bajumu aku koyak-koyak

Aku koyak bajumu
Aku koyak-koyak bajumu
Aku koyak baju-bajumu
Aku koyak-koyak baju-bajumu

Rumahmu aku roboh
Rumahmu aku roboh-roboh
Rumah-rumahmu aku roboh
Rumah-rumahmu aku roboh-roboh

Aku roboh rumahmu
Aku roboh-roboh rumahmu
Aku roboh rumah-rumahmu
Aku roboh-roboh rumah-rumahmu

Tulangmu aku patah
Tulangmu aku patah-patah
Tulang-tulangmu aku patah
Tulang-tulangmu aku patah-patah

Aku patah tulangmu
Aku patah-patah tulangmu
Aku patah tulang-tulangmu
Aku patah-patah tulang-tulangmu

Nota: Puisi ini telah saya tulis dan dideklamasikan semasa Malam Tinta Nan 9. Terima kasih buat SN, Datuk A. Samad Said dan semua AJK Malam Tinta Nan 9 yang telah memberi penghargaan kepada puisi saya yang tidak seberapa ini.

Saturday, July 4, 2009

Pelamin

Tengah hari semalam saya dan rakan-rakan unit makan tengah hari di Penang Village, Alamanda. Bukan makan tengah hari yang biasa tetapi makan besar kerana meraikan seorang pegawai yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Kari kepala ikan, rojak Penang dan macam-macam jadi habuan perut. Akibat leka menikmati juadah, hampir terlupa ada kewajipan yang perlu ditunaikan. Ya, kewajipan itu pastinya solat jumaat.

Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 tengah hari. Terus saya bergegas keluar dari Alamanda menuju ke surau di Pusat Kejiranan Presint 16. Sampai sahaja di sana, saya lihat ramai orang sudah berdiri hampir si seluruh kawasan surau. Tiada lagi ruang untuk solat di dalam surau. Di luar kawasan surau juga sudah ramai yang membentang sejadah sendiri membentuk saf-saf di atas kawasan dataran batu-bata di bawah terik matahari. Beberapa minit lagi khatib akan menamatkan khutbah. Perlu segera mencari ruang untuk solat!

Di dalam sudah tiada ruang, di luar juga nampaknya begitu. Akhirnya saya terpaksa menanggalkan sampin yang dipakai untuk dijadikan alas untuk solat di atas tanah di kawasan surau. Mujurlah saya berbaju melayu semalam. Kalau tidak, pasti pakaian akan jadi kotor. Alhamdulillah! Tertunai juga kewajipan walaupun diri sudah bermandi peluh.

Saya masuk semula ke pejabat selepas itu tanpa bersampin. Mana tidaknya, sampin telah kotor terkena tanah. Memang salah berbaju melayu tanpa sampin. Apabila tiba di pejabat saya ditegur oleh seorang rakan pejabat yang berbangsa Cina. "Eh. Mana pergi you punya pelamin? Tak cantiklah pakai ini baju kalau tak pakai pelamin!"

Pengsan!!