Pagi tadi saya ke Bangunan PERKIM di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur untuk satu mesyuarat. Kesesakan lalu lintas di Lebuh Raya KL-Seremban sangat serius. Selepas plaza tol Sungai Besi pemandu saya menggunakan terowong SMART untuk ke Jalan Tun Razak. Tapi terowong SMART juga sesak seperti di luar. Perjalanan dari Putrajaya ke Jalan Ipoh pagi tadi mengambil masa 1 jam 30 minit. Gila, bukan?
Apa yang menariknya, semasa di Lebuh Raya KL-Seremban tadi saya ternampak seorang pemandu kereta Proton Persona yang bercukur sambil memandu keretanya. Saya rasa begitulah keadaanya jika kesesakan lalu lintas telah menjadi sebahagian daripada rencah hidup warga kota. Semua perkara boleh dibuat apabila terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Makan, minum, memakai tali leher adalah antara perkara yang biasa saya lakukan apabila terperangkap dalam kesesakan begitu. Teringat saya kepada seorang rakan yang tinggal di Selayang. Hampir tiap-tiap hari dia berbuka puasa di dalam kereta semasa di bulan puasa. Semuanya kerana kesesakan lalu lintas.
Perkara kedua yang menarik berlaku pada hari ini ialah perbualan antara saya dengan seorang pegawai wanita yang turut hadir bersama dalam mesyuarat pagi tadi di Bangunan PERKIM. Berikut adalah dialog antara saya bersama beliau:
Naz: Puan xxx sudah berapa lama di Bahagian ABC?
Puan xxx: 2 1/2 tahun..baru je lagi
Naz: Sebelum ni puan bertugas di mana?
Puan xxx: Klang. Saya rasa saya nak minta tukar balik ke Klang la, tak larat berulang ke Putrajaya tiap-tiap hari. Penat.
Naz: Saya faham tu. Dulu saya pun berulang alik daripada P.J. Memang penat. Traffic jam. Toll.
Puan xxx: Awak asal daripada mana?
Naz: Perak. Puan?
Puan xxx: Terengganu. Bukit Besi. Dekat Dungun. Orang rumah awak tak ada minta tukar balik Perak ke?
Naz:.......................................... (sepi!)
Dua misteri terus bermain di benak fikiran saya pada saat itu juga. Pertama, kalau saya ada orang rumah sekalipun, bagaimana Puan xxx boleh yakin bahawa dia juga orang Perak. Kedua, muka saya ni muka macam orang yang dah ada orang rumah ke?

14 comments:
haha....bg hint suh cari kut
oh, dulu aku dok gombak.. tak jauh dari yaya di selayang itu.. makan dan minum di dalam kereta adalah perkara biasa... setakat burger mmg aku dah expert dah... bihun pon penah.. nasik bungkus je aku lum try... hohoho..
smart tunnel mmg jem skang naz.. tak bergerak dlm terowong tu.. kkdg aku rasa cam dlm sewer. haih..
anyway, memang dulu2 pon aku igt ko dah kawin naz.. hehehehe... bukan muka tua... muka matangggg... cececece..
Ya betul! aku pun baru makan KFC tadi.
Muka kau mcm dah kawin? biar betul puan tu. tah2 dia berkenan kat kau x?
Naz, naz...
Kalau style barat, soalan Puan XXX itu bertujuan untuk berflirting dengan hang la weh..
Haha. Keji tak pemikiran aku?:D
Benbaz: Hehe... itulah, dia nak soh aku kahwin cepat2 la tu..
Nuisance: Hebatlah ko, makan bihun sambil memandu. Nnti jom kita sesama cuba makan nasik bungkus sambil memandu...
Itulah pasal, SMART Tunnel pun jam jugak baik bukak untuk lalulintas, buat untuk alihkan air banjir je. Bayar toll mahal2 tapi jam gak. Hampeh.
Ko ingat aku dah kahwin yek? Hehe.. Tapi TSUB aku panggil aku budak kecik. Camne tu? =)
Pengejar Masa: Pikiran ko mmg selalu ke arah2 begitu kan? Hahaha!
Am: Komen hang memang penuh dengan kekejian yang manja. Wakaka! Thanks, Am!
naz, you don't look like you are married ah. muka macam budak lepas spm, muka pengawas atau librarian. but no, not a married man.
intro sikit punya panjang =p hahahahh
KFC boleh makan ke?bukan franchis sebegitu lebih kurang pizza hut n mc D ke?
~pernah makan durian dlm kete...belum tiba rumah..atas jalan..on moving..
muka kawin? ada ke pesen muka camtu? setau aku ada pesen muka jawa, muka cina, muka tatau malu, bermuka-muka...
tp aku maintain muka 19...hehe! walaupn aku dh kawen nnti...
kalo ko naz, time ko kawen mayb org ingat ko muka bapak budak dh kot?
Naz yg sebaya aku tak de lgsung muka dah kawin.. Kami muka muda remaja.. Cuba pakai baju sekolah menengah, takde sape suspek punye lah..hehehe
aku penah mkn burger McD, (ops...!)nasi goreng and kuih yg kena cicah kuah time drive. SMS pn pnah tp aku SMS x tgk henpon je, mata tgk dpn, jari sakan menekan keypad.
smlm time aku p hotel kt reception kaunter, this conversation took place (aku ringkaskan):
Me: saya ada booking 1 bilik atas nama A_____(my mum's)
Receptionist(R): Takde la. Apa nama penuh?
Me: A_____ S____
R: STill takde la. What's ur husband name?
Me: Try my father's name, N______. (Dalam hati, hampeh tul ingat aku dh kawen ke?!??) Ada tak?
R: Negative.
Cari punya cari, rupanya booking atas nama aku rupanya (since booking were made by org tgh, tuh yg ada mix up tuh).
The point is, ada juga org yg misunderstood my face sbg 'married people'.....Nasib badan le......
aku yg paling biasa kena ialah: girlfriend mana?
owh...sungguh muda remaja aku!
marmalade: dulu masa modul tentera/polis kan kena botak dan clean shave.. masa tu semua org cakap i macam budak sekolah menengah.. haha!
heartyra: makan durian sambil memandu? hebat!
pingu toha: mmg ada mcam2 pesen muka kot! ko muka muda remaja? takde maknanya! :)
papaya: ye... kita mmg awet muda kot... haha!
nzard: itulah, kdg2 tu pelik jugak kan bila ada org yg assume kita ni dah kahwin!
naz..mmg la..umo ko kan dah cecah 26 or 27 thn gitu..mmg le org expect ko dh kawin..eheh.
p/s: ups sori..i'm nubie here..cheers all!
skydancer: ayark!!!! 26@27? aku 24 thun la... bulan 8 nanti baru 25... hehe =)
Post a Comment