Friday, October 24, 2008

Celebrating Life

When I was driving to work this morning, I received a text message from a friend who is also my office mate. The message says: "Beb, takyah beli breakfast. Aku ada bwk nasi goreng. Banyak. Nanti ambil k!"

Few minutes after I arrived at my workplace, that friend of mine came to me and handed a big transparent food container which contained quite a large amount of nasi goreng. Together with a spoon! The nasi goreng was full with kacang buncis, udang and bendi. I love them all. I ate the nasi goreng for both breakfast and lunch today.

I think, giving foods or things that you cook or made by yourself to friends or anybody who you care about is a very great way of celebrating life. Because it is an elation to know that we have friends who have a thought about us in their minds and willing to share great things together.

Thank you friends. My life has become glorious like a celebration because of you all.

Sharing laughter with friends is another great way of celebrating life!

Thursday, October 23, 2008

Makan

Saya makan. Anda makan. Mereka juga makan. Kita semua makan. Manusia makan untuk hidup. Tiada siapa akan dapat hidup jika tidak makan.

Makan itu satu nikmat. Satu kebahagiaan. Kebahagiaan untuk tubuh badan.

Apabila makan, tubuh mendapat kudrat. Kudrat untuk bekerja. Kudrat untuk beribadat. Kudrat untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab.

Apabila makan, tubuh akan bertumbuh. Seorang lelaki dahulunya seorang budak. Seorang bapa dahulunya seorang anak.

Apabila makan, tubuh jadi sihat. Juga jadi kuat. Terlalu banyak nikmat makan kepada tubuh.

Tapi makan kadang kala buat manusia hilang pertimbangan. Hilang tata susila. Akal dan fikiran entah ke mana.

Makan tidak lagi jadi keperluan. Tapi sudah jadi kehendak. Kehendak untuk memenuhi nafsu. Hingga membuat manusia jadi tak keruan.


Nota: Gambar-gambar diambil semasa saya berkunjung ke sebuah majlis sambutan Hari Raya dan Deepavali yang menjadi bukti bahawa makan boleh membuat manusia hilang pertimbangan. Peraturan khusus terpaksa dibuat agar pengunjung majlis tidak datang hanya untuk mengisi perut semata-mata. Demi memenuhi tuntutan nafsu makan juga ada di antara pengunjung yang sanggup berebut-rebut, memotong barisan, bersikap tamak, membazir makanan dan merosakkan tanaman serta dekorasi.

Tuesday, October 21, 2008

Penat

Bekerja memang memenatkan. Di tengah lautan. Di dalam perut bumi. Mahupun di dalam bilik berhawa dingin. Bekerja di mana jua pasti akan penat.

Ada kerja yang buat tubuh jadi penat. Ada pula kerja yang buat minda jadi penat. Tapi ada juga kerja yang buat tubuh dan minda sama-sama penat.

Macam-macam yang kita ambil untuk atasi penat. Dengan harapan tubuh akan kembali bertenaga. Minda akan kembali segar. Kopi Ginseng. Tongkat Ali. Kacip Fatimah. Teh Herba. Pati Ayam. Semuanya pernah kita cuba. Kadang kala menjadi. Kadang kala tidak.

Penat itu perkara biasa. Tanda manusia itu normal. Ia jadi petunjuk supaya diri direhatkan. Supaya minda ditenangkan dan lelah dilepaskan. Sebenarnya ada pelbagai cara untuk itu. Tak perlu Tongkat Ali. Tak perlu Kopi Ginseng. Cuma kita sahaja yang tidak tahu. Kadang-kadang tidak sedar. Sebenarnya sudah ada di depan mata. Jika tidak pun di kiri dan kanan. Di atas dan bawah juga mungkin ada caranya.

Cara saya dan rakan pejabat berehat cukup mudah iaitu melihat pemandangan daripada bumbung bangunan pejabat kami. Melihat awan dan pemandangan di sekitar pejabat sebenarnya agak menenangkan. Tambahan pula dengan tiupan angin yang nyaman. Tubuh dan minda terasa segar kembali!

Selamat Berehat!

Sunday, October 19, 2008

Kerjaya

Manusia perlu bekerja untuk hidup. Namun, bekerja sahaja tidak cukup. Ini kerana, hidup bukan semata-mata kerana wang. Kerja memang boleh memberikan wang. Tapi kerja belum tentu dapat memberikan kepuasan. Sebab itu manusia perlu mencari kerjaya. Bukan kerja semata-mata.

Kawan saya seorang pegawai bank. Katanya, dia tidak gembira di situ. Katanya lagi, pegawai bank bukan kerjaya untuknya.

Seorang kawan saya lagi juga sudah bekerja. Tapi dia resah kerana masih belum ketemu dengan kerjaya.

Rupanya masih ramai di luar sana yang masih mencari kerjaya. Walaupun sebenarnya sudah lama mereka menyarung jubah konvo.

Catatan ini khusus untuk kalian. Untuk rakan-rakan saya dan sesiapa sahaja yang masih mengembara. Mengembara mencari kerjaya. Kadang-kala pengembaraan itu sebenarnya yang lebih bermakna daripada destinasinya. Ia memberikan ilmu dan pengalaman berharga.

Kalian semua jangan sesekali putus asa. Teruskan usaha, kekalkan semangat dan panjatkan doa. Saya percaya rezeki kalian ada di sana. Jika tidak, mungkin di situ. Atau pun di sini. Tiada siapa yang tahu. Yang penting, kalian mesti percaya pada diri sendiri!!


Nota: Gambar-gambar diambil semasa saya berkunjung ke Karnival Kerjaya Kebangsaan 2008 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 19 Oktober 2008

Saturday, October 18, 2008

Love Really is Blind

I just read the October, 6 edition of Newsweek and found a very fascinating article about human brain written under the 'Health for Life' column. The article reveals that scientific studies have proved that emotions, pain, sexual feelings, love and religious belief are actually products of our brain. However, the finding about one of the brain products: love, amazes me most. Here is the extract about it taken from the article:

"And there is scientific evidence that love really is blind; romantic love turns down or shut off activity in the reasoning part of the brain and the amygdala. In the context of passion, the brain's judgment and fear centers are on leave. Love also shuts down the centers necessary to mentalize or sustain a theory of mind. Lovers stop differentiating you from me."

So, the famous qoute "Love is Blind" has a very literal meaning. It is not a metaphor anymore!

Sharing is the real love

Note: Photo taken during my visit to Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Exhibition (MAHA) 2008 in Serdang, Selangor few months ago

Amygdala - a cluster of nerve cells sits under its corresponding temporal lobe on either side of the brain. Like a network hub, it coordinates information from several sources. It collects input from the environment, registers emotional significance and when necessary mobilizes a proper response. It gets information about the body response to the environment from the hypothalamus. It communicates with the reasoning areas in the front of the brain and it connects with the hippocampus, an important memory center. (This description of amygdala is also taken from the same article)


Friday, October 17, 2008

Workaholic

My family and many of my friends say that i am a workaholic. My mother once said to me that life is not just about work, but it's about many. She forbids me to work too hard because she worries that it will affect my health and my life. I actually know that she wants me to focus more on my life, finding the right woman and marry her as soon as possible. I told her for over a thousand time that I am still bloody young and there are so many things that I want to achieve before getting married. And work is one of them. Yeah, maybe I have a good job now but it doesn't mean that it's settled and there are nothing left to think about. There are lot of things to be learned in my career. That is why I think I work too hard.

Yesterday, i was asked by my boss to solve several complicated issues. Couple of my colleagues told me that those issues have never been solved due to some hanky-panky things that have been going on. It was almost 6.30 pm and I was browsing through some files to find the history of those issues when my colleagues came to me and told me to go back home, take a rest and continue having a headache solving those issues the next day. But, I couldn't. I don't know why I had to force myself and wanted to get things done immediately. That's me I think, a workaholic who should really learn to relax...

Thursday, October 16, 2008

Kesesakan Lalulintas


Kesesakan lalulintas
Dari LDP hingga ke KESAS
Buat semua rasa rimas
Tiada siapa kan terlepas

Kesesakan lalulintas
Rasa hati mahu memintas
Untuk terus meluncur pantas
Tapi malang gerakku terbatas

Kesesakan lalulintas
Buat manusia tidak waras
Kata-kata tak lagi beralas
Anggap diri berbeza kelas
Punya hak untuk mencantas

Kesesakan lalulintas
Buat diri mengagumi unggas
Terbang tinggi nun di atas
Terasa bahagia dan bebas

Kesesakan lalulintas
Jangan cepat tertewas
Jangan dibiar diri lemas
Kerana hidup ini emas
Terlalu berharga untuk dirembas
Hanya kerana kesesakan lalulintas

LDP - Lebuhraya Damansara-Puchong
KESAS - Lebuhraya Shah Alam

Tuesday, October 14, 2008

Delia

I have promised Delia's first owner to display Delia's picture in my blog. So.. here she is!

Originally, an Ogawa Air Purifier had been put on the glass table. When Delia arrived, she took the air purifier place. I moved the air purifier to another spot in my house.

Delia actually has a brother from another species. His name is Spencer. Spencer was found during my visit to MAHA 2008. He was (and is of course) extremely unique and he automatically reminded me of someone who is unique and special too. So, I bought Spencer specially for that person who is now the owner of Spencer. It was also a way to thank the person who gave me the beautiful Delia in the first place.

I am not sure whether Spencer is now in P.J or Puchong. Whereever he is now, I hope he is fine. And his sweet owner too!

Nap

I wish i could take a nap... :(

Note: Photo taken at Zoo Melaka last year

Semangat

Hari ini saya bakal membaca ikrar Rukun Negara dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian. Semasa raptai petang semalam, mereka kata saya baca dengan kurang penghayatan.

Suara tidak lantang
. Lesu. Tidak bermaya. Itu kata mereka.

Tapi mereka tidak tahu betapa sibuknya saya sebelum itu. Mesyuarat. Menelaah pekeliling-pekeliling perkhidmatan. Mencari idea. Menulis. Pada masa ini ada sekurang-kurangnya dua kertas kajian yang perlu saya siapkan. Ditambah pula dengan beberapa naziran yang akan diadakan pada bulan hadapan.

Perjalanan yang jauh dari rumah ke pejabat berserta dengan kesesakan lalu lintas menambah tekanan kepada saya. Semuanya bagai menyedut keluar tenaga dan semangat saya.

Saya tidak mahu dianggap tidak patriotik kerana tidak bersemangat melaungkan ikrar Rukun Negara semasa perhimpunan. Saya akan mencari semangat itu! Saya sangat memerlukannya. Bukan semata-mata untuk melaungkan ikrar Rukun Negara.Tetapi juga untuk kehidupan saya!